(HIBURAN) Kerahan Tenaga “FORTEEN”

ALG_2865

Jangan pula terkejut dengan tajuk di atas, ia cuma sekadar  ingin menunjukkan bahawa FORTEEN berkerja keras dalam menjayakan konsert pertama mereka yang bertempat di KL Live Kuala Lumpur. Bagaikan ingin menutup mulut pengkritik tentang kemampuan kumpulan harmoni ini sebelum ini, Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One), Saiful Ridzuan Abd Hamid (Ariz), Mohd Arif Ameerais Azhar (Ameerais), dan Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue) membuktikan bahawa mereka berhak ke atas kejayaan merangkul anugerah “Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu” AIM ke 19 lalu.

ALG_2905cropgmo

Jika selama ini, kemampuan vokal kumpulan FORTEEN banyak tertumpu kepada One dan Ariz, konsert  Kita 20Forteen ini menonjolkan kemampuan menyanyi secara solo anggota-anggota lain seperti Izzue dan Ameerais. Membawakan keseluruhan 18 buah lagu di dalam konsert yang berdurasi hampir 2 jam ini, kumpulan FORTEEN memulakan persembahan pembukaan dengan lagu TIDAK PERNAH BERJUMPA dan mengakhirinya dengan lagu KITA.

Dipertengahan persembahan, kumpulan FORTEEN dikejutkan dengan majlis penganugerahan plat pengiktirafan  muat turun secara online terbanyak untuk lagu BERDUA BERSATU oleh bos mereka iaitu Norman Abdul Halim. Terdapat satu video klip yang ditayangkan serentak dengan persembahan lagu DIKAU SAJA yang menyentuh emosi seorang anggota FORTEEN iaitu Izzue Islam sehinggakan beliau menitiskan air mata dan sikit sebanyak meruntum sebak dikalangan peminat FORTEEN yang berjumlah hampir 1000 orang di dalam KL Live pada ketika itu. Video klip mengenai lawatan ke rumah orang kurang upaya tersebut benar-benar membuatkan Izzue Islam tidak mampu menahan sebak dan cuba ditenteramkan oleh anggota kumpulan FORTEEN yang lain.

Keupayaan vokal ahli kumpulan FORTEEN benar-benar teruji pada petang tersebut apabila setiap pada mereka berpeluang menyampaikan nyanyian secara solo menerusi lagu UNTUK SAHABAT (Izzue), PENCURI (Ariz), NAKAL (Ameerais) dan sebuah lagu irama tradisional yang dinyanyikan oleh One yang berjudul LAKSMANA RAJA DI LAUT yang diiringi dengan penari zapin.

Persembahan FORTEEN diteruskan dengan nyanyian barisan lagu medley penyanyi yang pernah bernaung di bawah pengurusan KRU seperti  ELITE,  phyne ballerz dan Adam AF serta termasuk juga lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan bos mereka sendiri iaitu KRU. Antara lagu-lagu tersebut adalah BILA RINDU, JANGAN LAFAZKAN, HATI TERLUKA, MANISNYA SENYUMANMU dan TERHANGAT DI PASARAN.

Secara keseluruhannya, konsert Kita 20Forteen berjaya membuktikan kemampuan mereka dalam menyanyikan lagu secara langsung dan berjaya menghiburkan peminat tegar mereka iaitu Forteenagers.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *