(SEMASA) KOLEKSI KLASIK LUX YANG BARU DENGAN WANGIAN EKSKLUSIF – KUNCI UNTUK MENYEMARAKKAN CINTA

Lux Product Shotsmallgmo

Masanya telah tiba untuk wanita di seluruh dunia untuk bangkit dan menyemarakkan rasa cinta. Kerana setiap wanita tahu bahawa setiap perhubungan itu harus dijalin dengan sedikit godaan, lantas jenama kecantikan ikonik Lux memperkenalkan Koleksi Klasik Lux dengan Wangian Eksklusif yang baru, yang diadun dengan not wangian bunga-bungaan indah dan SilkEssence™ yang melembutkan. Rangkaian sabun dan mandian badan klasik yang diperbaharui ini mengeluarkan buih dan haruman memikat, membuatkan kulit begitu menawan.

Memperkenalkan Koleksi Klasik Lux dengan Wangian Ekslusif yang baru

Bagi meningkatkan pengalaman mandian sebagai satu kepuasan, membelai diri dengan hanya beberapa titisan Koleksi Klasik Lux dengan Wangian Eksklusif yang baru membuatkan setiap wanita mahukannya lagi. Kulit begitu licin, diadun dengan haruman halus yang dicipta oleh pakar haruman terkemuka dunia, mana-mana wanita akan berasa begitu gembira dan voila! bersedia untuk menyemarakkan cinta.

“Semarak cinta atau suntikan keseronokan itu bermula dengan kulit harum lembut yang menawan. Koleksi Klasik Lux dengan Wangian Eksklusif yang baru ini bakal membangkitkan rasa yakin dan menawan serta mencetuskan inspirasi dan memperkasakan wanita untuk menyemarakkan cinta dalam perhubungan mereka,” kata Herry Budiazhari, Pengarah Pemasaran, Unilever Malaysia.

Haruman memikat yang menyuntik rasa

Haruman Lux Soft Touch yang menggoda ini menggabungkan haruman sejambak bunga ros, freesia, melur dan mimosa yang mempesona. Lux Soft Touch cukup membelai rasa, juga mampu dimiliki oleh setiap wanita dan dicipta untuk menampilkan sisi wanita yang penuh kewanitaan dan gurauan

Keceriaan terus terpancar menerusi not bunga-bungaan eksotik dan sentuhan akhir musk serba hangat Lux Velvet Touch.  Memikat dan bertenaga, apabila setiap deria bersatu, bayangkanlah bagaimana terhasilnya kenakalan yang penuh kewanitaan itu.

Bunga-bungaan mengasyikkan dalam Lux Magical Spell pula mempesonakan mereka yang ada di sekeliling. Rumusannya membangkit rasa menawan, mengkhayalkan dan nakal, segalanya mungkin dengan gabungan not eksotik orkid hitam, peony, melur dan tuberose.

Lux White Impress membuatkan kulit lembut dan bersinar dengan sistem tiga tindakan yang unik mengandungi bahan semula jadi ekstrak mulberri dan madu. Ia membangkitkan rasa berani, mewah dan cantik saat hati tergoda.

Digabungkan dengan garam mineral, rumpai laut dan haruman menyegarkan, Lux Aqua Sparkle membangkitkan rasa penuh bertenaga – cara yang tepat untuk memulakan setiap hari.

Pada majlis pelancaran serba glamour Koleksi Klasik Lux dengan Wangian Eksklusif yang baru, Duta Jenama Lux, Nur Fazura hadir bersama pasangan cinta Lux yang baru dilantik dari Indonesia, Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair.

Fazura menikmati keindahan haruman menawan lagi hebat sama seperti ramai bintang sebelum dirinya termasuk bintang ternama dunia seperti Elizabeth Taylor, Marilyn Monroe, Aishwarya Rai, Shu Qi, Amy Mastura, Sheila Majid, Fauziah Latiff, dan Erra Fazira.

“Mengetahui bahawa Lux dicipta oleh pakar haruman terkemuka dunia, ia membuatkan saya berasa setiap mandian itu sesuatu yang memberi kepuasan dan mewah. Bau-bauan Lux seolah-olah kulit kedua dengan harumannya yang membelai. Saya memang sukakan perasaan itu. Buat pencinta Lux, bersedialah untuk rasa menawan dan hayati keinginan anda hanya dengan sedikit Lux,” kata Fazura.

Berbicara mengenai caranya menyemarakkan cinta dalam perhubungan mereka selama ini dan selepas mempunyai seorang cahaya mata, Bunga Citra Lestrari, penyanyi terkenal Indonesia berkata, “Rahsia menyemarakkan api cinta antara  saya dan Ashraf adalah Lux Soft Touch yang memberikan saya kulit harum lembut menawan. Haruman bunga-bungaannya begitu menggoda. Saya benar-benar rasa penuh kewanitaan, nakal dan mudah sekali mahu menyemarakkan cinta!

Sempena perasmian tersebut, Lux kini melancarkan pertandingan Facebook di seluruh negara yang dinamakan “Ignite the Spark” yang bermula pada 28 April sehingga  6 Julai 2014. Peserta perlu berkongsi gambar kenangan bagaimana mereka menyemarakkan rasa cinta bersama si dia tersayang dengan kata-kata ringkas dan saat romantik. Tiga gambar terbaik dengan kata-kata terbaik akan dipilih sebagai pemenang dan mereka berpeluang untuk memenangi percutian romantik ke Itali (bernilai RM17, 000), Maldives (bernilai RM9, 000) atau Bali (RM4, 000) bersama insan tersayang. Selama sepuluh minggu, terdapat pemenang mingguan dan mereka akan dipilih berdasarkan kreativiti masing-masing. Setiap minggu, mereka akan menerima satu hadiah dan pemenang boleh memilih sama ada “Hiasan Hantaran” atau pakej spa pasangan. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Lux di www.facebook.com/LuxMalaysia

Koleksi Klasik Lux yang baru boleh didapati di semua kedai runcit utama. Lux 950ml berharga RM17.90 dan 220ml berharga RM6.00 manakala pek isian semula 600ml berharga RM8.90.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *