(HIBURAN) KERENAH DUA IBU MERTUA DALAM ” IN LAWS “

Spread the love

2P8C4814

Masalah campur tangan keluarga dalam rumah tangga pasangan muda

Dalam melayari bahtera perkahwinan semestinya sepasang suami isteri bakal dilanda dengan pelbagai cabaran dan masalah. Apatah lagi jika berkahwin dalam usia mentah. Terbaru, ntv7 membawakan sebuah drama bersiri Cina tempatan berjudul In Laws yang bakal mengetengahkan masalah yang dihadapi pasangan muda akibat campur tangan kedua-dua belah ibu mertua mereka. In Laws yang bakal bersiaran bermula 20 Februari pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 9.30 malam hingga 10.30 malam  pastinya bakal memberikan jalan cerita yang menarik dan lucu buat penonton ntv7.

image001

Drama bersiri menarik ini bakal memberi kesan yang mendalam terhadap penonton dengan lakonan hebat pelakon veteran wanita, Remon Lim (Pelakon Wanita Terbaik Golden Awards 2012) dan Loo Aye Keng yang membawakan watak ibu mertua yang mempunyai falsafah hidup berbeza dan sering berselisih pendapat. Turut menjayakan drama ini adalah Lawrence Wong, Joey Leong, Frederick Lee, Danielle Dai dan ramai lagi.

Kisah bermula apabila Hong Yu Zhen (Remon Lim) yang sentiasa percaya bahawa wanita akan lebih sempurna apabila bersama suaminya cuba membahagiakan anak menantunya, Xiao Na Na (Danielle Dai) dengan memberikan percutian istimewa kepada anak lelakinya Zeng Shen Feng (Frederick Lee) dengan harapan bakal menimang cucu tidak lama lagi.  Yu Zhen sebenarnya tidak menyedari bahawa perkahwinan Na Na sedang berantakan kerana sifat Shen Zheng yang tidak mempedulikan isterinya. Bagi memastikan percutian itu berjaya, Yu Zhen menghantar anak bongsunya, Zeng Qi Jian (Lawrence Wong) untuk turut serta. Namun segalanya gagal apabila sekembalinya mereka, Shen Feng menyatakan hasratnya untuk bercerai apabila mengetahui Na Na menemui semula kekasih lamanya. Lebih memeranjatkan apabila pada suatu hari Xia Hui Min (Joey Leong) adik Na Na disahkan mengandung akibat keterlanjurannya bersama Qi Jian ketika mereka menyertai percutian itu.

Akibatnya, pasangan itu terpaksa berkahwin di usia muda. Walaupun mereka saling mencintai namun latar belakang mereka dari keluarga yang berbeza sedikit sebanyak bakal memberi kesan dalam hubungan mereka sebagai suami isteri. Berbeza dengan Qi Jian, Hui Min dibesarkan ibunya, Xiao Mei Feng (Loo Aye Keng) yang merupakan seorang peguam, terpaksa membesarkan anak-anaknya sendiri selepas kematian suaminya. Mei Feng juga lebih bersikap moden dan sering bertukar-tukar teman lelaki. Mei Feng yang sudah mengagak kegagalan rumah tangga anak sulungnya sentiasa berharap Hui Min akan memiliki kerjaya dan berjaya dalam hidup. Namun cita-citanya hancur mengetahui berita kehamilan Hui Min.

Lain pula bagi Qi Jian dan Hui Min yang saling mencintai antara satu sama lain bertekad untuk mendirikan rumah tangga walaupun mendapat tentangan ibunya dan dengan keadaan Shen Feng dan Na Na yang tetap ingin bercerai. Yang pasti kehadiran ibu mertua mereka dalam urusan rumah tangga mereka bakal memberikan tekanan besar kepada mereka berdua.

Mampukah mereka bertahan dengan kerenah ibu mereka Yu Zhen dan Mei Feng? Sejauh manakah kekuatan cinta mereka? Apakah rancangan Mei Feng untuk memisahkan mereka? Nantikan In Laws yang bakal menemui penonton ntv7 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 9.30 malam hingga 10.30 malam bermula 20 Februari ini.

Sementara itu, sidang media khas yang diadakan pada hari ini mengumumkan berita baik kepada para penonton yang akan mengikuti drama bersiri ini kerana sebuah peraduan istimewa bakal disiarkan ntv7 dengan tawaran hadiah menarik. Terima kasih kepada Pensonic, penonton berpeluang memiliki enam unit produk PapaBlend yang merupakan pengisar jus menerusi peraduan In Laws ini. Model terbaru daripada Pensonic ini mempunyai keupayaan tahan suhu tinggi dan tahan lasak. Lebih menarik adalah ia mampu mengisar makanan dengan lebih pantas menggunakan lapan bilah pemotong yang membantu melumatkan bahan-bahan yang mampu memudahkan lagi penyerapan nutrient dan pencernaan badan. Pastikan anda menonton In Laws untuk berpeluang memenagi hadiah-hadiah yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di Twitter dan Facebook.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *