(HIBURAN) Konsert Anuar Zain Beralih Arah ??

Spread the love

IMG_5034

Tinggal 12 hari lagi , konsert mega solo pertama bagi penyanyi tersohor Anuar Zain (Konsert 3 Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari : Anuar Zain ) berlangsung. Pihak media mendapat kejutan daripada pihak pengurusan Anuar Zain iaitu Anuar Zain Network Sdn Bhd, apabila dipanggil ke sidang media akhir yang telah berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam. Sidang media ini dibuat bagi mengumumkan perubahan terakhir yang akan berlaku membabitkan lokasi atau venue konsert penyanyi tersohor ini.

Pengumuman ini tentunya memberi kelegaan kepada banyak pihak, khususnya peminat-peminat setia Anuar Zain. Setelah segala perbincangan dan penelitian yang telah dibuat oleh pihak pengurusan Anuar Zain dan pasukan produksi konsert, Anuar sendiri telah mengumumkan perubahan lokasi mega konsert beliau dari Stadium Putra, Bukit Jalil ke lokasi baru iaitu Stadium Malawati, Shah Alam. Perubahan ini hanya membabitkan venue atau lokasi sahaja, manakala tarikh dan waktu konsert masih kekal seperti yang asal. Anuar Zain dan pihak pengurusan beliau Anuar Zain Network dan Universal Music Malaysia, memohon maaf kepada semua pihak  yang terlibat dan terjejas ekoran perubahan lokasi ini. Perubahan ini terpaksa dilakukan akibat beberapa masalah teknikal dan logistik serta masalah kesuntukkan masa yang mana jika tidak dibuat ia boleh menjejaskan keseluruhan projek atau konsert yang berskala besar ini.  Beliau menambah, dengan kesungguhan dan komitmen pasukan beliau, akhirnya mereka mendapat lokasi gantian yang amat sesuai untuk konsert ini. Anuar juga menjelaskan, pihak pengurusan TicketCharge berjanji akan menyusun semula semua pemilik tiket mengikut susun atur terkini lokasi bermula 6 Februari 2013 dan mereka akan menghubungi kesemua pemilik tiket yang telah membuat pembelian sebelum ini. Sebarang informasi dan pengumuman perubahan terkini boleh didapati dengan memantau info di facebook Anuar Zain FB Page serta laman sesawan TicketCharge :

www.facebook.com/anuarzainnetwork

www.ticketcharge.com.my

ticketcharge hotline : +603 92228811

VIP tickets: Marctensia : +603 20921199

 

Info terkini mengenai tiket : Palladium A & B habis dijual manakal tiket Bronze dalam jualan terhad.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *