(HIBURAN) Konsert Bongkar – Wings Ta’kan Melayu Hilang Di Dunia bersama Orkestra Tradisional Malaysia

Spread the love

????????????????????????????????????

Tarikh: 10 hingga 16 Jun 2015
Masa: 8.30 malam
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya

Perjuangan Wings menerusi lagu dan muzik yang diterjemahkan menerusi Konsert Bongkar -Wings Ta’kan Melayu Hilang Di Dunia bersama Orkestra Tradisional Malaysia ternyata meninggalkan pengaruh kuat kepada khalayak.

????????????????????????????????????

Atas sokongan dan sambutan hebat yang diraih sejak membuka tirai pada 10 Jun lalu, konsert yang berbaki dua malam persembahan pada 15 dan 16 Jun (malam ini dan esok) menawarkan potongan harga tiket sebanyak 30 peratus.
Vokalis Wings yang bertindak sebagai penerbit konsert, Awie menegaskan, diskaun istimewa ke atas setiap tahap harga tiket itu dibuat sebagai penghargaan dan tanda terima kasih Wings terhadap peminat tegar yang masih menyokong perjalanan seni mereka untuk konsert ketiga di Istana Budaya.

Menurut Awie, dari pemantauan pihaknya masih ada peminat tegar Wings yang belum hadir ke Istana Budaya mungkin disebabkan jadual konsert yang berlangsung pada pertengahan bulan dan keadaan ekonomi semasa yang kurang mengizinkan.
“Kami tiada hadiah lain yang boleh diberikan kepada peminat. Konsert dan persembahan terbaik ialah cara Wings menghargai peminat. Jadi, untuk dua malam persembahan pada malam ini dan esok, pembeli tiket berpeluang menikmati diskaun sebanyak 30 peratus untuk semua tahap harga tiket yang bermula daripada RM65 hingga RM450,” kata Awie mewakili Awie Entertainment.

DSC_7066

Untuk pembeli yang telah membeli secara online lebih awal sebelum diskaun diberi, tempat duduk mereka akan dinaik taraf menjelang malam persembahan.

Tiket-tiket masih boleh dibeli secara online di www.AirAsiaRedtix.com.
Tiket juga boleh diperolehi di Kaunter Box Office, Istana Budaya.

kredit foto : Mencari Rahsia Alam


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *