(SEMASA) Kajian Baru Menunjukkan Peranan Penting Pemakanan Tradisional Asia yang Kaya Dengan Santan dan Ikan Berminyak dalam Antipenuaan – Pakar Antipenuaan Prof Takuji Shirasawa Kongsi Dapatan Terbaru mengenai Manfaat Asid Lemak Rantaian Sederhana dan Omega-3 kepada Saraf

Spread the love

Prof Shirasawa_001

Kajian baru oleh pakar antipenuaan Jepun mendapati pemakanan tradisional Asia yang kaya dengan santan dan ikan berminyak memberikan manfaat antipenuaan kepada otak dan jantung, menawarkan kehidupan hari tua yang lebih sihat dan gembira, dan melambatkan permulaan penyakit degeneratif dan kronik seperti Alzheimer dan penyakit jantung.

Prof Shirasawa_002

Perubahan fizikal dan sosial yang dikaitkan dengan penuaan digabungkan dengan kesan yang melemahkan badan disebabkan penyakit berbilang, akut dan kronik – penyakit jantung dan strok, hipertensi, diabetes, kegagalan ginjal, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, demensia dan banyak lagi.

Kemampuan menguruskan populasi yang semakin tua dengan baik dan cekap akan menjadi antara cabaran terbesar bagi Malaysia, populasi Malaysia yang meningkat tua, pengasuh mereka dan para profesional dalam penjagaan kesihatan.

Mengambil kira populasi Malaysia yang meningkat tua dengan cepat, kajian ini mempunyai implikasi kepada orang-orang tua, golongan dewasa yang bekerja dan generasi muda yang akan menjaga mereka.

Sebagai perspektif, bilangan rakyat Malaysia berumur 60 tahun ke atas adalah 1.4 juta pada tahun 2000, dan diunjurkan meningkat kepada 3.3 juta menjelang 2020[1]. Peratusan populasi Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas pada tahun 2020 dijangka meningkat dua kali ganda menjadi 1 dalam 10, berbanding 1 dalam 20 pada 2000.

Profesor Takuji Shirasawa dari Jabatan Perubatan Kawalan Penuaan, Universiti Juntendo, berkongsi dapatan saintifik beliau yang terbaru mengenai peranan nutrisi dalam antipenuaan dan pelaksanaan dapatan kajian antipenuaan ke dalam pemakanan rakyat Malaysia menjelang simposium beliau di Persidangan Kebangsaan Persatuan Pakar Diet Malaysia pada 11 Jun 2015.

Profesor Shirasawa dianggap salah seorang pakar di Jepun dalam perubatan preventif untuk orang-orang tua dan telah menulis lebih daripada 260 buah buku, menjadikan beliau antara doktor dan penulis paling popular di Jepun.

“Kajian kami menunjukkan bahawa strategi nutrisi yang menggabungkan nutrien utama tertentu seperti Omega 3 dan Medium Chain Fatty Acid serta kemajuan dalam corak pemakanan yang lazim di Asia Tenggara termasuk Malaysia boleh membantu mencegah permulaan pramasa penyakit dan menyumbang kepada kesihatan yang berpanjangan,” terang Profesor Shirasawa.

Penyakit Alzheimer adalah sejenis penyakit degeneratif saraf kronik yang menjadi penyebab 60 hingga 70 peratus daripada kes demensia. Antara simptom awal yang biasa adalah kesukaran mengingati perkara yang baru berlaku (kehilangan ingatan jangka pendek). Apabila penyakit tersebut merebak, simptom termasuk: masalah berkaitan bahasadisorientasi (termasuk mudah hilang arah), ayunan mood, kehilangan motivasi, mengabaikan pengurusan diri and isu kelakuan. Pesakit yang semakin tenat biasanya akan menjauhkan diri daripada keluarga dan masyarakat.[1] Sedikit demi sedikit, fungsi badan semakin hilang dan akhirnya membawa kepada kematian.

Penyakit Alzheimer merupakan masalah yang biasa dihidapi oleh orang-orang tua dan dianggarkan memberi kesan kepada sekurang-kurangnya 5% daripada populasi berumur 65 tahun ke atas[2].

“Dalam penyakit Alzheimer, neuron tidak dapat menggunakan glukos, tetapi boleh menggunakan zat keton sebagai sumber tenaga. Inilah sebabnya penyakit Alzheimer kini dikenali sebagai Diabetes jenis 3.

Santan kelapa adalah lemak tepu yang kaya dengan asid lemak rantaian sederhana seperti lauric acid, caprylic acid dan capric acid yang mungkin menawarkan harapan bagi pencegahan atau pengurangan kesan degeneratif penyakit Alzheimer. Asid lemak rantaian sederhana disintesis menjadi zat keton dalam hati dan boleh digunakan sebagai sumber tenaga untuk neuron yang boleh membantu dalam melengahkan permulaan atau memberi kelegaan daripada penyakit Alzheimer.

“Pemakanan tradisional Asia atau Malaysia yang kaya dengan santan kelapa boleh memberi manfaat nutrisi kepada populasi yang kian meningkat usia dari segi melengahkan permulaan penyakit degeneratif saraf seperti penyakit Alzheimer. Ini kita tidak boleh ketepikan dengan peningkatan populasi orang tua dan keperluan penjagaan kesihatan mereka. Nutrisi preventif hari ini boleh memberikan mereka perlindungan untuk kemudian hari,” kata Prof Shirasawa.

 

“Bagi orang dewasa hari ini, nutrisi boleh memainkan peranan penting dalam mempromosi proses tua yang sihat dan pada masa yang sama mengurangkan risiko penyakit degeneratif Alzheimer. Kajian kami menunjukkan penukaran kepada pemakanan yang lebih bersifat melindungi walaupun pada usia dewasa memberikan manfaat perlindungan yang boleh membantu melambatkan permulaan penyakit degeneratif dan kronik seperti Alzheimer dan diabetes, malahan ia juga menawarkan manfaat perlindungan kardio,” kata Profesor Shirasawa.

Bagi kebanyakan orang dewasa, penukaran pemakanan mungkin mendapat tentangan kerana citarasa yang telah lama terbentuk.

Walau bagaimanapun, syor oleh Profesor Shirasawa boleh disesuaikan dengan pemakanan Malaysia dengan penekanan diberikan kepada ikan berminyak seperti sardin, ikan laut dalam seperti tuna dan santan kelapa yang suatu ketika dahulu banyak dikecam dari segi perubatan.

Beliau memberi contoh kesan perubahan tabiat pemakanan dalam pengambilan ikan sebagai contoh bagaimana makanan yang telah diproses membawa kesan negatif kepada kesihatan, termasuk dalam populasi orang tua.

“Nisbah ideal pengambilan Omega-3 ke Omega-6 adalah 1 kepada 1 atau 1 kepada 2. Walau bagaimanapun, makanan moden yang ‘diproses’ yang mempunyai kandungan minyak sayuran yang diproses boleh memencong nisbah ini menjadi 1 kepada 20. Omega-6 telah terbukti meningkatkan kadar kematian akibat penyakit jantung, manakala Omega-3 bersifat melindungi kardio. Kita sepatutnya meningkatkan pengambilan Omega-3 dan mengurangkan pengambilan Omega-6. Cara mudah adalah dengan memakan lebih banyak ikan berminyak seperti sardin, makerel dan salmon,” kata Prof Shirasawa.

“Mujurlah masih ada masa bagi mereka yang telah mencapai umur 30an, 40an dan 50an membuat perubahan positif terhadap pemakanan mereka. Anda masih boleh menikmati masakan Malaysia yang sedap-sedap, asalkan anda membuat pilihan berdasarkan maklumat yang tepat. Berubahlah sekarang supaya lebih sihat dan gembira dikemudian hari. Dengan sentiasa aktif dan berwaspada, anda mampu menjalani kehidupan yang lebih berkualiti dan berpanjangan!” kata beliau sebagai pengakhiran.

[1] M Mauzy, The Problems and Challenges of the Aging Population in Malaysia, Malaysian Journal of Medicine, 2000 Jan (1) 1-3

 

[2] M Mauzy, The Problems and Challenges of the Aging Population in Malaysia, Malaysian Journal of Medicine, 2000 Jan (1) 1-3


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *