(HIBURAN) “Konsert Patriotik Hello Malaysia 2019”

Spread the love

Kuala Lumpur – Sertai “Konsert Patriotik Hello Malaysia 2019″ yang akan berlangsung pada Hari Malaysia ini (16 Sept 2019) untuk mengumpul dana bagi yayasan pembangunan Kampung Orang Asli. Konsert anjuran Nurture Charity bersama dengan Eternal Entertainment dan Dreamakers Management akan mempersembahkan 19 artis tempatan terkenal, antaranya Gin Lee, Daniel Cheah, Alvin Chong, As’ad Motawh, Darling Wan Azlyn, Lim Wen Suen, Kmy Kmo & Luca Sickta, Rabbit Mac, Sheezay, Xiiao C, Han Xiiao Aii, Kif Valentine, Kate Chan, Sampson Chew dan Back2Basixx. Semarakkanlah semangat patriotik di Mega Star Arena jam 8 malam pada 16 September, bersama-sama kita mencurahkan bakti kepada negara yang tercinta.

Tahun ini adalah ulang tahun yang ke-56 sejak Malaysia ditubuhkan. Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini yang bertema “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih” menekankan kepentingan unsur perpaduan dan patriotisme demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. “Konsert Patriotik Hello Malaysia” bermatlamat untuk memupuk perpaduan dalam kalangan semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya, dan menggalakkan masyarakat kita menghargai nilai cinta, keharmonian, kesetiaan, keberanian dan dedikasi. Kami berharap melalui perayaan ini, kita dapat mengeratkan ikatan perpaduan dan menyemarakkan semangat nasionalisme, memimpin negara ke arah masa depan yang gemilang.

Para penonton boleh menyaksikan persembahan menarik dengan iringan muzik dan lagu dari kesemua 19 penyanyi yang akan mengambil giliran untuk menyanyikan pelbagai lagu patriotik. Nikmatilah suara-suara merdu yang akan mengegarkan pentas konsert pada malam Hari Malaysia. Sambutan ini turut dihadiri oleh 100 selebriti tempatan, influencer dan artis yang akan menjadi duta “patriotik” untuk membantu kita membina dan menyebarkan semangat patriotik.

Lagu patriotik khas “Sayangmu Negaraku” ciptatan “produser emas” Malaysia, Ciang Teng akan dipersembahkan oleh Back2Basixx, Darling Wan Azlyn, Daniel Cheah, Kate Chan, Sampson Chew, Kif Valentine, Xiiao C, Han Xiiao Aii, Lim Wen Suen, Rabbit Mac dan Sheezay dalam tiga bahasa berbeza – Melayu, Mandarin dan Tamil. Persembahan ini akan menjadi acara pertama pada malam “Konsert Patriotik Hello Malaysia”.

Ciang Teng berkongsi bahawa beliau amat besar hati kerana diberi peluang untuk mencipta lagu yang bermakna. “Sudah lama sejak kali terakhir saya berkolaborasi dengan Ruiye. Saya bersyukur kerana beliau telah menulis lirik yang indah untuk lagu ini,” katanya. Beliau turut berkata kepelbagaian tradisi dan budaya adalah ciri-ciri yang menjadikan Malaysia unik.

“Kita adalah satu negara, tanpa mengira kaum. Apabila negara memerlukan kita, kita akan sentiasa berada di sini,” katanya dengan bangga.

“Konsert Patriotik Hello Malaysia” bermatlamat untuk menyebarkan cinta dan melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat”. Sebanyak 50% daripada hasil pendapatan konsert ini akan disumbangkan kepada yayasan pembangunan Kampung Orang Asli. Nurture Charity berharap agar dapat mengumpul sejumlah RM200,000 menerusi acara ini untuk membantu masyarakat orang asli meningkatkan taraf hidup mereka.

Kerja amal ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa pertama ialah membina rumah kontena yang dilengkapi dengan sistem tenaga solar untuk menjana elektrik dan penapis air untuk mendapat sumber air yang bersih. Fasa kedua ialah membina ruang pembelajaran baru agar masyarakat orang asli boleh mendapat pendidikan yang sewajarnya untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran hidup mereka. Fasa terakhir adalah membantu mereka membangunkan industri tanaman untuk meningkatkan purata pendapatan isi rumah. Dengan rancangan-rancangan ini, kami berharap dapat meningkatkan taraf hidup, tahap kesihatan dan pendapatan masyarakat orang asli.

Penganjur juga menganjurkan “Pertandingan Foto Harapan Malaysia”. Peserta hanya perlu melayari laman web rasmi untuk memuat naik gambar mereka bersama dengan harapan dan berkat untuk Malaysia. Foto-foto ini akan dikumpul dan dipaparkan pada skrin besar semasa konsert.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hellolivefestival.com


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *