(HIBURAN) KONSERT THROWBACK EXISTS DI SINGAPURA – 2 DISEMBER 2016, THE PAVIILION @ FAR EAST SQUARE SINGAPURA

Spread the love

 exists-photosmall

Sesuai dengan perkataan THROWBACK yang diberikan buat  tunjang konsert ini,kali terakhir kumpulan Exists mengadakan konsert di Singapura ialah sebenarnya pada 10 tahun lepas. Untuk melangsaikan rindu dan pemintaan tinggi para peminat setia kumpulan yang ditubuhkan pada 1991 ini,Pihak CMX International dan Frankoland Management berkolaborasi menghasilkan konsert yang dinamakan THROWBACK EXISTS.

Memilih lokasi The Pavilion, Far East Square,Singapura, konsert ini akan menyaksikan semula gabungan Ezad(vokal), Ujang (drum), Musa (bass) dan Along (gitar) pada 2 Disember ini bermula pukul 7 malam.

“Ramai para peminat di Singapura yang bertanyakan tentang konsert atau persembahan Exists. Permintaan terhadap kemunculan mereka memang tinggi. Maka kami ingin menunaikan pemintaan para peminat yang memang rindu untuk menyaksikan kemunculan semula mereka.Itu sebabnya juga kami namakan konsert ini dengan nama Throwback Exists,” ujar Franko mewakili Frankoland Management.

Bakal membawakan lagu-lagu hits lagi berhantu mereka, konsert yang berdurasi selama satu jam ini pasti mengembalikan nostalgia dan momen tersendiri buat khalayak peminat. Pastinya lagu seperti Mengintai Dari Tirai Kamar,Alasanmu,Jesnita dan Masih Terserlah Ayumu akan membuatkan para penonton menyanyi beriringan sepanjang konsert ini kelak.

“Kami akan memulakan sesi latihan pada bulan November ini kerana waktu ini setiap anggota kumpulan masih sibuk dengan jadual masing-masing. Ezad juga masih dalam proses terapi. Tetapi Along sudah memulakan proses pra produksi,” ujar Ujang mewakili kumpulan Exists.

Ujar Ujang lagi, mereka tetap mengekalkan susunan muzik yang sama tetapi memberikan sedikit suntikan penyegaran terhadap lagu-lagu mereka.

“Selaku penganjur, kami mahu memenuhi permintaan peminat di Singapura. Konsert ini juga membuktikan bahawa kumpulan Exists masih wujud dan sentiasa bersedia bertemu dengan para peminat,” ujar Franko lagi.

“Sebenarnya memang ada hasrat untuk kembali dengan reunion penuh kumpulan Exist.Mungkin Konsert Throwback Exists ini merupakan sebuah pembukaan kepada hasrat kami ini. Adalah menjadi harapan kami untuk memulakan sesuatu bersama Exists pada tahun hadapan,”impi Ujang mewakili ahli kumpulan yang lain.

Menurut Ujang, kali terakhir  mereka mengadakan persembahan di Malaysia pula ialah pada tahun 2013 di Hard Rock Café Kuala Lumpur.

Sebagai infomasi, kumpulan Exists telah muncul dengan sembilan buah album studio iaitu Exist (1991), Anugerah (1993), Diammu Gunung Berapi (1995), Jangan Gentar (1997), Mutan (1998), Ada (2001), Seperti Dulu (2003), Paragon (2004) dan Hits Rakaman Semula(2007).

Penampilan artis baru iaitu Khai Bahar dirasakan sebagai penyeri dan bakal memeriahkan lagi konsert ini kelak. Disamping namanya yang sedang meningkat naik sekarang, Khai juga merupakan peminat Exists dan sering menyanyikan lagu-lagu kumpulan popular tersebut dalam nyanyian dan persembahannya.

Menurut Franko, tiket-tiket berharga SGD 55 dan SGD 65 telah mula dijual bermula 29 September lalu. Hingga kini tiket untuk sesi ‘Meet & Greet’ sudah habis dijual. Lokasi yang bakal menampung sekitar  300 orang peminat itu akan membuahkan sebuah pertemuan eksklusif dan intimasi bersama kumpulan kesayangan mereka.

Sebarang infomasi mengenai tiket konsert, boleh hubungi Sham di talian +6593250161 atau Franko +60127677325. Tiket-tiket konsert sudah dijual Frozilicious @ Block 201E, T Bob’sCorner,Golden Ladie,Karva @ East Village, Karva @ 73ABusorah Street dan Karva @Jcube.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *