(HIBURAN) LAST CHILD KINI MARA MENANDINGI BAND-BAND TERNAMA!

Spread the love

image003

 

Kini mempunyai lebih 3.6 juta peminat di laman rasmi Facebook mengalahkan Nidji, Ungu, dan banyak lagi band-band terkenal!!! Inilah LAST CHILD! Sebuah band yang memperjuangkan muzik pop dan rock, yang dianggotai oleh tiga orang penaung utama, Virgoun Teguh (vokal dan pemain gitar ), Rachmad Firdaus (pemain gitar) dan Dimas Rangga (pemain bass).

Sejak mula terbentuk pada tanggal 11 Januari 2006, LAST CHILD telah menghasilkan sebuah album mini Grow Up (2007) dan sebuah album penuh Everything We Are Everything (2009). Terkini, LAST CHILD tampil dengan album penuh kedua, OUR BIGGEST THING EVER (2012)!

Band ini mulanya ditubuhkan semasa mereka bersama-sama ingin menjalani sesi uji bakat untuk sebuah SMA di Jakarta. Nama LAST CHILD dipilih atas faktor kesemua anggotanya merupakan anak terakhir dalam keluarga masing-masing. Usaha mereka bagaimanapun tidak membuahkan hasil yang diharapkan apabila mereka gagal dalam sesi uji bakat tersebut. Bak pepatah melayu, “Usaha tangga kejayaan”, anak-anak muda ini tidak menjadikan kegagalan mereka sebagai titik penamat. LAST CHILD bangkit dan berusaha lebih tekun, lantas merealisasikan impian mereka menjadi pemuzik profesional…

Sebagai sebuah band yang berinspirasikan Blink 182, band ini menghasilkan banyak lagu-lagu berunsur emo, punk, pop dan post-punk.  Bermodalkan muzik yang berkualiti, LAST CHILD kemudian berkembang menjadi sebuah band yang digemari ramai! Hal ini terbukti apabila lagu-lagu mereka daripada album Everything We Are Everything, telah mencatat jumlah muat turun lebih 300,000! Kedudukan mereka dalam industri muzik juga diperkukuhkan lagi dengan penubuhan kelab peminat mereka sendiri, LAST FRIENDS, yang kemudian mencatat keanggotaan seramai 110,00 pada April 2010 lalu…

Selepas kejayaan single Diary Depresiku, Pedih, dan Percayalah itu, LAST CHILD kini tampil dengan album terbaru mereka, OUR BIGGEST THING EVER. Album yang memuatkan 13 buah lagu ini di adalah hasil susunan sepenuhnya oleh Virgaun (vokalis) sendiri, yang juga merupakan penerbit dan pengarah muzik bagi album ini.

Selain membariskan 9 buah lagu rancak berinspirasikan mood rock hasil komposisi Virgaun, album ini turut memuatkan sebuah komposisi Dimas Rangga (pemain bass), bertajuk Cinta Semestinya. Album ini turut memuatkan 2 buah lagu baru sebagai track bonus, khas buat peminat LAST CHILD.

Menerusi OUR BIGGEST THING EVER, band ini mempertaruhkan Seluruh Nafas Ini sebagai single pertama mereka. Single ini menampilkan Virgaun berduet dengan Giselle, salah seorang bekas peserta akhir Indonesian Idol 2008. Gabungan dua suara mantap ini tentunya sebuah kombinasi yang enak dijadikan halwa telinga!

Seluruh Nafas Ini mengisahkan hati yang terluka akibat cinta yang tidak berpenghujung. ‘Tubuh’ yang terluka disakiti tetap menanti kepulangan kekasih hati, dan rindu yang ‘membunuh’ meruntun jiwa lara. Lirik yang begitu sadis ini juga turut menggambarkan betapa setianya si pencinta yang menghambakan seluruh jiwa raganya buat kekasih hati – ‘Seluruh nafas ini hanya untukmu…’ Disamping bahasa lirik yang begitu berbunga dan’cantik’, dipadu pula dengan melodi dan susunan lagu yang begitu indah, Seluruh Nafas Ini tentunya sebuah lagu yang bisa menawan kalbu para pendengar…


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *