(HIBURAN) LAWAK KE DER 2015

untitled-2

‘Lawak Ke Der’ merupakan persembahan komedi yang telah diperkenalkan sejak tahun 2012 lagi. Lawak Ke Der 2015 adalah produksi keempat susulan daripada ‘Lawak Ke Der?’, ‘Lawak Ke Der 2’ dan ‘Lawak Ke Der 3’.

Seperti setiap siri Lawak Ke Der yang lalu, Lawak Ke Der 2015 juga akan mengekalkan mutu persembahan setiap pelawak yang ditampilkan. Ini akan dipastikan oleh pengarah persembahan iaitu pengarah dan pelakon terkenal, Hans Isaac.

Lawak Ke Der sememangnya dikenali sebagai persembahan komedi yang berkualiti. Antara pelawak yang pernah membuat persembahan dengan Lawak Ke Der setakat ini adalah Johan, Zizan, Kumpulan Osbon, Harun Salim Bachik, Ahmad Nabil, Kumpulan Jambu dan Kuah Jenhan.

untitled-6

Tahun ini, penonton pasti akan terhibur dengan persembahan yang akan disajikan oleh pelawak-pelawak terbaik negara :

Harith Iskander – Bakatnya dalam bidang komedi tidak dapat disangkal lagi, sehingga dia digelar sebagai The Godfather of Malaysian Stand-Up Comedy. Jika selalunya Harith dilihat membuat persembahan dalam Bahasa Inggeris, dengan Lawak Ke Der penonton akan dihiburkan dengan cerita-cerita lucunya yang disampaikan dalam Bahasa Malaysia.

Afdlin Shauki – Sebelum terkenal dengan persembahan komedi secara berkumpulan, Afdlin merupakan seorang stand-up comedian. Ramai yang mengenali Afdlin sebagai seorang pengarah, pelakon, penyanyi dan pemuzik. Lawak Ke Der 2015 menjemput anda semua untuk mengenali Afdlin Shauki sebagai seorang pelawak solo.

Douglas Lim – Ramai yang sering lupa bahawa Douglas Lim sudah mewarnai industri hiburan tanahair sejak tahun 1998 lagi menerusi sitkom ‘Kopitiam’. Sejak dari itu, Douglas membuktikan bakatnya yang pelbagai. Kini, Douglas bergelar pengarah, pelakon, pelakon muzikal, penyanyi, pencipta lagu, penulis dan pelawak sepenuh masa. Ini kali ke-3 Douglas akan menjayakan persembahan Lawak Ke Der.

Bocey – Kumpulan ini dianggotai Acey (Juara Bintang Mencari Bintang 2013) serta Fard & Abam (Naib Juara Bintang Mencari Bintang 2013). Walaupun mula berkecimpung dalam bidang komedi secara berasingan, mereka berjaya disatukan menjadi sebuah kumpulan komedi yang baik. Ini terbukti apabila mereka memenangi tempat ketiga dalam Maharaja Lawak Mega 2013 dan tempat kelima dalam Maharaja Lawak Mega 2014.

Selain daripada nama-nama besar di atas, Lawak Ke Der 2015 akan memperkenalkan seorang bakat baru yang bernama Rayza Mukmin. Namanya mungkin tidak anda kenali, namun selepas menonton Lawak Ke Der 2015, perhatian anda pasti akan beralih ke pelawak muda yang kaya dengan ide segar ini.

LAWAK KE DER 2015 akan bertemu anda di Istana Budaya pada 16 April sehingga 19 April (persembahan pada jam 8.30 malam pada setiap hari/persembahan jam 3 khusus untuk hari Sabtu dan Ahad sahaja). Harga tiket adalah RM56, RM86, RM126, RM156 dan RM176.

Sila layari www.ticket2u.biz untuk pembelian tiket atau hubungi 03 4253 2241.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *