(SUKAN) TV9 bawa siaran langsung kejohanan One Championship: Age of Champions

Spread the love

DEX_6480.jpgsmall

Tahun ini sekali lagi TV9 bakal membawakan anda sukan perlawanan seni mempertahankan diri campuran atau Mixed Martial Arts (MMA) dalam kejohanan One Championship: Age of Champions yang bakal menampilkan perlawanan dua pejuang Malaysia Peter Davis dan Ann Osman.

TV9 yang merupakan rakan media rasmi One Championship dan buat pertama kalinya akan menyiarkan siaran langsung itu pada hari Jumaat, 13 Mac 2015,  jam 10.30 malam dan pastinya membuatkan para peminat sukan itu teruja menantikannya. Sebelum siaran itu keudara, sebuah sesi ramah mesra bersama kakitangan Media Prima Berhad serta para media tempatan turut diadakan di pekarangan bangunan Balai Berita NSTP, Bangsar.

Sesi ramah mesra itu antara lainnya memperkenalkan dua orang pejuang yang mewakili Malaysia – Peter Davis dan Ann Osman – yang turut berkesempatan berkongsi demonstrasi seni mempertahankan diri dan simulasi pertarungan di kejohanan tersebut.

Peter Davis dengan rekod kemenangan 9-3-0 akan bertemu pihak lawan dari India Rajinder Singh Meena yang turut digelar “Knockout” 8-1-0 dalam pertemuan Jumaat ini. Memerlukan skil pertahanan dan teknik serang balas, nasib kedua-dua peninju ini masih sukar diramal. Peter Davis yang juga merupakan seorang pelakon dan model ternyata antara aset Malaysia kerana merupakan juara di kejohanan lalu apabila menewaskan petarung dari Filipina, Vaughn Donayre dalam pusingan pertama melalui knock-out teknikal (TKO).

Manakala Ann yang lebih dikenali sebagai Ann ‘Athena’ Osman yang juga wanita Malaysia pertama memenangi pertarungan MMA profesional peringkat antarabangsa di siri lalu turut akan menunjukkan daya saingnya sekali lagi. Walaupun sebelum ini dijadualkan bertemu peninju remaja Angela Lee berketurunan Singapura-Korea, kini Ann bakal berhadapan dengan peninju dari Mesir, Walaa Abbas. Walaupun memiliki rekod cemerlang, Ann tetap mempersiapkan dirinya untuk bertemu Walaa di gelanggang yang pastinya telah banyak berlatih sejak pertarungannnya yang terdahulu. Ann memiliki rekod 2-1-0 manakala Walaa memiliki rekod 2-2-0.

“TV9 amat berbangga menjadi rakan media One Championship dan seterusnya membawakan sukan seni mempertahankan diri campuran ini secara siaran langsung di kaca TV rakyat Malaysia. Kejohanan ini merupakan salah satu sukan antarabangsa dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Malah ini merupakan kali ketiga kami bekerjasama dengan pihak penganjur dalam membawakan salah satu tawaran sukan terhebat buat penonton setia TV9,” kata Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9.

One Championship: Age of Champions bakal diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada hari Jumaat, 13 Mac 2015 di mana para peminat sukan ini akan ke gelanggang pertarungan itu seawal 7.00 malam. Manakala TV9 akan menyiarkan siaran langsung bermula jam 10.30 malam menampilkan dua pejuang Malaysia khas buat para penonton.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *