Tag: indra

(HIBURAN) “ Lentera Hati” buah tangan terbaru band ST12

IMG_9067Masih ingatkah lagi pada lagu  “jangan pernah berubah” ? Lagu ini yang menaikkan nama band ST12 pada ketika dahulu. Setelah menempa populariti yang memuncak, kumpulan ini berpecah dan meninggalkan pemain dram asalnya iaitu Pepep yang masih cuba meneruskan legasi band ST12. Setelah menyepi hampir 4 tahun, band ini kembali dengan barisan anggota baru iaitu vokalisnya Ridho Tuah serta dua ahli lain iaitu Koko dan Indra yang masing-masing bermain gitar. Dua ahli kumpulan asal ST12, Charly dan Pepeng mengumumkan pengunduran diri dari band itu sekitar tahun 2011. Pada majlis sidang media ini juga, band ST12 mempromosikan album baru yang bertajuk “ Lentera Hati” yang mengandungi lagu hit “Putih-Putih Melati” dan 9 buah lagu lain yang kesemuanya dicipta sepenuhnya oleh anggota ST12 iaitu Pepep. Lentera Hati sudah mula dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara oleh Universal Music dan Rumpun Records. Read more →