(HIBURAN) Majlis Pelancaran Yayasan Artis 1 Malaysia

Spread the love

Tanggal bersejarah 11 November 2012 , Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia,   YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak  di Dewan Merdeka PWTC. Turut hadir ialah Menteri Penerangan dan Komunikasi serta Kebudayaan Malaysia YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim. Hasrat penubuhan YA1M ialah mengembleng seluruh artis tidak kira bangsa , agama dan keturunan dalam industri hiburan ini ke dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi dan kebajikan para artis. Yayasan ini dikemudi oleh barisan ahli jawatankuasa eksekutif yang diketuai oleh Datuk DJ Dave sebagai Presiden. Pada malam bersejarah ini juga, YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan dana berjumlah RM 5 juta selama 2 tahun iaitu RM2 juta untuk tahun ini dan RM3 juta untuk tahun hadapan untuk yayasan ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *