Tag: Majlis

(HIBURAN) Majlis Pelancaran Album Zikir Terapi Diri 3 Dan Pengumuman “Exclusive Night With Hafiz Hamidun at Mega View, Kuala Lumpur Tower”

 HH-480x480

Setelah menghasilkan album Zikir Terapi Diri 1 dan 2, kini Hafiz Hamidun tampil dengan album Zikir Terapi Diri 3, yang juga merupakan album zikir terakhir dari beliau. Album ini diterbitkan oleh Arteffects International, dan diedarkan bersama oleh Warner Music Malaysia dan Inteam Records. Read more →

(SEMASA) Izzue Islam duta terbaru produk AURAMEN

IMG_3655

Aura White Global Sdn Bhd hari ini melancarkan serta memperkenalkan duta bagi produk terbaru mereka iaitu Izzue Islam. Pelakon serta salah satu anggota kumpulan harmoni FORTEEN tersebut merupakan wajah baru bagi produk AURAMEN TURBO COLLAGEN. Izzue Islam merupakan duta kedua syarikat tersebut selepas pelakon terkenal Hanez Suraya yang merupakan duta bagi produk AURA WHITE BEAUTY. AURAMEN TURBO COLLAGEN merupakan minuman kolagen pertama khas untuk lelaki yang diformulasikan menggunakan teknologi dari Korea. Ia menggabungkan bahan seperti kolagen, whey protein, tribulus, campuran beri, saw palmetto, vitamin, stem sel dan sebagainya. Selain itu juga, pihak Aura White Global Sdn Bhd  yang diterajui oleh Puan Furyna Azmeer serta suami En. Saiful Safwan turut melancarkan produk terbaru iaitu AURAWHITE SKIN SPA serta minuman kolagen AURAWHITE STEM CELL. Read more →

(SEMASA) Rumah Terbuka & Majlis Anugerah Lagu Melayu Paling Popular NEWAY KARAOKE 2013

IMG_3054

NEWAY Karaoke Box mengumumkan 12 lagu Melayu paling popular  yang diunggul lagu nyanyian Hafiz dan Adira, ‘Ombak Rindu’ di Anugerah Lagu Melayu Popular Neway 2013  baru-baru ini. “Pengunjung yang hadir gemar menyanyikan lagu ‘Ombak Rindu’ di mana lagu berkenaan dinyanyikan lebih 10,000 kali dalam tempoh 2012 hingga 2013.. Justeru ‘Ombak Rindu’ mendapat tempat pertama antara 11 buah lagu Melayu yang lain,” ujar Pengurus Pemasaran Neway, Aining Wong ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Anugerah Lagu Melayu Popular Neway 2013, Neway Karaoke Box di One Utama, Damansara baru-baru ini. Read more →

(HIBURAN) Majlis Berbuka Puasa Bersama Ery Ma’arof & Pasaraya TLC

IMG_8602reszizeGMO

Bertempat di Pasaraya TLC , One Shamelin Shopping Mall telah berlangsungnya majlis berbuka puasa bersama penyanyi Ery Ma’arof. Majlis yang mendapat tajaan pihak pasaraya besar TLC, K City Family Karaoke serta Aras Iriaz Entertainment ini turut sama menjemput para pelanggan bertuah serta anak-anak yatim dari rumah kebajikan Mary Setapak,Kuala Lumpur. Di majlis ini, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya majlis berbuka puasa bersama Ery Ma’arof dan artis naungan beliau iaitu Mazlan Hamzah serta diikuti dengan selingan acara nyanyian mereka berdua disamping acara cabutan bertuah hadiah-hadiah sumbangan  Pasaraya TLC, K City Family Karaoke ,  Aras Iriaz Entertainment dan banyak lagi. Hadiah-hadiah disampaikan oleh pengurus besar pasaraya TLC iaitu Mr Stanley Yee dan pengurus pasaraya TLC One Shamelin Shopping Mall iaitu Ms Selina Mok serta dihadiri oleh Mr. Patrick Chan yang mewakili K City Family Karaoke . Read more →

(HIBURAN) Majlis Berbuka Puasa & Sambutan Ulang Tahun Ke 2 IndoPek

IMG_8155Broadway Media telah mengadakan  “Majlis Buka Puasa & Ulangtahun ke-2 Indopek”. Di samping itu, “Tayangan Program Istimewa” sempena Aidilfitri turut ditayangkan kepada pihak media antaranya “BorakNgomong” dimana kumpulan Saywho berborak bersama artis-artis jemputan (Shiro,Angah Raja Lawak,Tauke & Yus Jambu, Tasya Syilla,Didie Alias, Zul Yahya dan ramai lagi) manakala program “Judika&Friends” yang menampilkan Alif Satar dan Klangit Band.  Read more →