(HIBURAN) Majlis Pra-Tonton Filem “Apa Celop Toqq”

23 Oktober 2012 – telah berlangsungnya majlis pra-tonton filem ” Apa Celop Toqq” lakonan penyanyi Hazama, Taiyuddin Bakar, Azad Jazmin , Intan Ladyana dan Elly Feliziana. Filem terbaru keluaran Exellent Pictures ini berdasarkan drama bersiri “Apa Celop” yang telah ditayangkan dikaca tv sebelum ini. Jalan cerita yang mengisahkan tentang kesungguhan hazama untuk merealisasikan impian beliau untuk menjadi seorang penyanyi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut jalan cerita ini, saksikannya di pawangan terdekat anda bermula 25 oktober 2012. Selamat menonton.

Arahan: AHMAD IDHAM

Skrip: AZWAN ANNUAR

Pelakon : Hazama Azmi,Intan Ladyana,Azad Jazmin,Taiyuddin Bakar,Elly Feliziana

Tarikh Tayangan: 25 OKTOBER 2012

SINOPSIS

HAZAMA seorang anak muda yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, melalui liku kehidupan bersama teman baiknya, TAPAI. HAZAMA bekerja di bengkel membaiki motorsikal, sering bersama menghadapi karenah TAPAI yang berhutang dengan samseng, BLACK, yang sering menganggu mereka, sehingga terlibat dalam pergaduhan. Pada masa yang sama, LAILA, seorang wartawan, telah ditukarkan ke bahagian hiburan apabila telah melakukan kesilapan ketika operasi yang melibatkan anggota polis tidak lama dulu. Selepas itu, kehidupan HAZAMA berubah apabila bertemu dengan ABANG SAMAD, seorang lelaki yang hidup keseorangan. Pada awal pertemuan, HAZAMA merasakan lelaki itu hidup dengan penuh keegoan. Pada masa yang sama, TAPAI meminta bantuan teman wanitanya, JUITA, dalam membantu melunaskan hutang kepada BLACK. Masa berlalu, apabila HAZAMA mula menghabiskan masa dengan ABANG SAMAD, sehinggalah dia jatuh sakit pada suatu hari. Bila dimasukkan ke wad, HAZAMA terkejut apabila mengetahui penyakit yang dihadapi oleh ABANG SAMAD. TAPAI, meminta pertolongan HAZAMA, apabila JUITA mengajakkan bertemu dengan kakak sepupunya, LAILA. Mengenangkan persahabatan di antara mereka berdua, HAZAMA menurut kehendaknya. Dipertemuan itu, HAZAMA bertemu buat kali pertama dengan LAILA. HAZAMA merakamkan lagu, atas sokongan TAPAI, JUITA dan AFIQ. Tanpa disangka, lagu nyanyian HAZAMA mendapat sambutan cukup luar biasa, namun disebalik kejayaan itu, terdapat kisah sedihnya. Apa yang berlaku kepada ABANG SAMAD. Bagaimana pula hubungan TAPAI dan JUITA, dan bagaimana pula kisah di antara LAILA dan HAZAMA. Dapatkah HAZAMA mengejar cita dan cintanya. Nantikan APA CELOP TOQQ di pawagam tidak lama lagi.

pihak Galaksi Media Online (GMO) ingin berkongsi foto-foto menarik sekitar majlis [LINK]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *