(HIBURAN) MAJLIS TAYANGAN PERDANA SEDUNIA BERSAMA LEE CHONG WEI TIKET BOLEH DIBELI SECARA TUNAI DAN KAD KREDIT DI AXIATA ARENA

Kuala Lumpur, 30 Januari 2018 – Peminat badminton dan Datuk Wira Lee Chong Wei bakal menjadi saksi kepada tayangan sulung filem LEE CHONG WEI versi tambahan berdurasi 133 minit, acara Permaidani Merah sepanjang 100 meter dan pelbagai aktiviti pada 9 Mac 2018 di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.

Atas maklum balas daripada peminat, tiket kini boleh dibeli secara tunai atau menggunakan kad kredit di ‘box office’ di Axiata Arena, Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil bermula 1 Februari ini. Maklumat lanjut sila hubungi +603-58799967.

Setiap pembelian tiket membolehkan penonton menerima secara percuma sehelai kemeja-T filem LEE CHONG WEI bernilai RM59, sekeping tiket filem LEE CHONG WEI di pawagam GSC, sekeping poster edisi terhad filem LEE CHONG WEI yang ditandatangani Chong Wei dan para pelakon serta satu beg tenunan tajaan filem. Semua ini akan diedarkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari tayangan perdana tersebut.

Selain itu, pembeli tiket juga berpeluang memenangi hadiah menarik untuk cabutan bertuah seperti raket badminton YONEX LEE CHONG WEI sebanyak 100 unit, telefon pintar SAMSUNG (5 unit), buku filem (30 unit) dan pelbagai lagi hadiah menarik disediakan.

Acara ‘Tayangan Perdana Sedunia LEE CHONG WEI’ dijangka dihadiri sekurang-kurangnya 20,000 penonton dan bakal dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records, di mana ia akan ditayangkan menerusi layer gergasi LED berukuran 40 meter x 17 meter.

Datuk Wira Lee Chong Wei juga akan menyaksikan tanyangan ini buat pertama kali. Banyak aktiviti akan berlangsung sebelum tayangan seperti acara Permaidani Merah, persembahan artis dan karnival. Selain itu, skuad badminton Negara yang menjuarai Piala Thomas 1992 juga akan turut menghadiri acara penuh bermakna ini

Maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/leechongweimovie

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *