(HIBURAN) MICHAEL LEARNS TO ROCK TOUR DI KUALA LUMPUR DILANJUTKAN DISEBABKAN PERMINTAAN JUALAN TIKET YANG TINGGI

image005

Persembahan Michael Learns To Rock yang diumumkan untuk 15 Ogos 2015 telah menerima permintaan yang tinggi daripada peminat Malaysia dengan hasil jualan tiket bertambah sebaik sahaja pengumuman oleh ticketcharge.com. Band yang telah menerima anugerah platinum ini menunjukkan penghargaan mereka terhadap peminat dengan melanjutkan tarikh lawatan mereka di Kuala Lumpur untuk dua malam dengan penambahan satu hari lagi iaitu pada hari Jumaat bersamaan 14 Ogos 2015. Mereka merancang untuk memberi pengalaman yang paling bermakna dengan persembahan lagu-lagu daripada album baru mereka, ‘ 25’ di Mega Star Arena.

Untuk meraikan karier mereka selama 25 tahun dalam bidang muzik, mereka telah mengeluarkan satu album yang memuatkan semua lagu-lagu hit termasuk dua single yang berada di radio masa kini. Persembahan ’25 Live yang akan dibawakan oleh Michael Learns To Rock akan mengejutkan peminat dengan visual LED terkemuka, konfeti dan susunan muzik yang cukup istimewa dengan lagu hit mereka, The Actor, 25 Minutes, Paint My Love, Sleeping Child, Take Me To You Heart dan banyak lagi.

Dalam keterujaan ini, Kaare berkata: “Our 25th anniversary as recording artists is a milestone in our career and calls for a something special for our fantastic fans in Malaysia and the rest of Asia. That’s why we are working on a new show with great visual effects and a lot of our fans’ favorite songs. It is our aim to create new visual surroundings of our music, adding new perspectives to the MLTR live experience. We look forward to bringing the show to Malaysia and hope to see a lot of smiling faces and hear the beautiful voices of our fans singing along. See you!”

Sepanjang 25 tahun yang lalu, lagu-lagu hit kumpulan ini seperti  “The Actor”, “25 Minutes”, “Paint My Love” & “Sleeping Child”, kerapkali diputarkan dicorong radio hingga melonjakkan nama mereka lantas membuahkan hasil jualan album fizikal yang mencapai status PLATINUM.

Konsert Micheal Learns To Rock “25 Live: The Anniversary Celebration In Malaysia” dibawakan oleh Mega Ultimate dan Warner Music Malaysia, dibantu oleh GS Realty. Lokasi rasmi, iaitu Mega Star Arena, radio rasmi, LITE FM, dibantu oleh Melody FM dan Sinar FM serta penghargaan khas diberikan kepada MONE untuk Double Tree Hotel sebagai penginapan rasmi.

Jangan lepaskan peluang  untuk menikmati “Micheal Learns To Rock” di Malaysia dengan penambahan dua malam! Tiket boleh didapati dari laman tickercharge.com sekarang!

Categori Harga Tiket :

VIP – RM469, PS1 – RM289, PS2 – RM169 (Semua harga tiket akan dikenakan pemprosesan RM4 dan GST).

Untuk maklumat lanjut mengenai jualan tiket, sila hubungi:

TicketCharge Hotline : 03-9222 8811 atau lawati www.ticketcharge.com.my (Isnin-Jumaat,  9am-5pm)

Mega Ultimate Hotline : 011-2351 0456 (Isnin-Jumaat, 9am-5pm) atau lawati Mega Ultimate Facebook (www.facebook.com/megaultimate) atau Mega Ultimate Website (www.megaultimate.com.my)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *