Tag: Crystal Lee

(HIBURAN) Movie : UNBEATABLE

Unbeatable_newcropsmall

Menjadikan seni mempertahankan diri  campuran (Mix Martial Art – MMA) sebagai skop penceritaan, UNBEATABLE  yang merupakan filem aksi terbaru arahan pengarah Dante Lam. Menampilkan pelakon yang tidak asing lagi di arena perfileman dan drama di Hong Kong iaitu Nick Cheung, filem ini merupakan antara naskah terbaik lakonan beliau. Bergandingan dengan pelakon Eddie Pang dan bintang muda yang berasal dari Malaysia iaitu Crystal Lee, filem ini sarat dengan adegan aksi, kesedihan serta kegembiraan yang diselang seli dengan babak-babak lucu tentang kekeluargaan, kesetiaan dan keazaman untuk berusaha menjadi yang lebih baik. Filem ini mengisahkan Ching Fai lakonan Nick Cheung yang lari dari permasalahan hutang dan bersembunyi di Macau. Di Macau beliau bertemu dengan seorang peninju muda lakonan Eddie Pang yang memegang watak Qi yang berminat untuk menjadi seorang peninju seni bela diri campuran atau Mix Martial Art (MMA) yang bercita-cita tinggi untuk bertarung di satu pertandingan seni bela diri campuran atau Mix Martial Art (MMA) yang menawarkan ganjaran yang lumayan. Qi yang berdepan dengan karenah ayahnya seorang hartawan yang muflis setelah gagal di dalam perniagaan beliau amat setia menjaga ayahnya.   Read more →