(HIBURAN) Pelancaran Album “Angin Kencang” Noh Salleh

Spread the love

10689728_10152818608152140_953432937529651761_ngmo

Artis Sony Music Malaysia, Noh Salleh telah melancarkan album terbarunya berjudul “Angin Kencang” sebagai mengorak langkah dengan membuka lembaran baru dalam hidupnya untuk bergerak secara solo.

Album yang menampilkan enam buah lagu baru menyajikan irama serta adunan muzik yang nyata berbeza. Kesemuanya ciptaan beliau sendiri, Noh menjanjikan kepuasan baru bagi peminat dan mereka pasti terpesona dengan sentuhan peribadi beliau pada kali ini. Keseluruhan album ini adalah dalam Bahasa Melayu dan proses rakaman lagu dilakukan di studio Noh sendiri, Pharcyde Studio. Album yang mengambil masa selama setahun untuk disiapkan ini, turut mendapat khidmat tenaga kreatif dari seberang.

Selain itu, album solo yang menampilkan pendekatan lain ini juga mempamerkan kebolehan beliau sebagai seorang pemuzik yang versatil. Noh gemar bereksperimentasi dengan pelbagai genre muzik yang ada di luar sana, melalui pembikinan album ini ia membuka jalan baginya untuk lebih berkarya dan tidak terikat kepada mana-mana genre muzik.

“Arus industri muzik di Malaysia kebanyakkannya berpaksi kepada trend semasa, lagu-lagu bernuansa dance serta dubstep menjadi pilihan tatkala kini. Bukan niat saya untuk menongkah arus, tetapi kerana minat yang mendalam terhadap karya muzik new age jazz serta elemen pop nusantara, maka terhasillah album ini,” jelas Noh.

IMG20141028200508gmo

“Angin Kencang” tracklist:

  1. Gelung – Berkisar tentang dambaan seorang lelaki yang cuba meraih cinta seorang wanita dengan berusaha memenangi hatinya. Permulaan pertemuan Noh dan Mizz Nina di mana Noh seringkali cuba mendekati Mizz Nina dengan mengenali hati budinya sehingga mereka diijabkabulkan.
  2. Angin kencang – Terinspirasi daripada karya solo John Lennon, ia menceritakan tentang kerinduan terhadap sang kekasih dan angin yang membawa bayu-bayu rindu menghembuskan cintanya. Ketika itu, Mizz Nina sedang sibuk dengan promosi jelajahnya selama sebulan di Amerika Syarikat dan sebagai suami yang rindukan isterinya, Noh mengilhamkannya melalui lagu ini.
  3. Biar Seribu – Lagu ciptaan istimewa bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-50 buat ayahnda serta bonda mertua yang dikasihi. Metaforik “Biar Seribu” membawa maksud perhubungan yang telah kekal sekian lamanya dan masih utuh bertahan sehingga ke hari ini.
  4. Bunga Di Telinga – Mendapat ilham dari potret peribadi Mizz Nina, ia menggambarkan keanggunan wanita yang mempunyai budi pekerti halus serta kelembutan yang dipancarkan melalui riak senyuman yang menawan dengan bunga mekar indah menghiasi di telinga.
  5. Sang Penikam – Mengisahkan tentang seorang “hitman” (pembunuh upahan) yang telah jatuh cinta pada seorang gadis yang merupakan anak kepada ketua mafia yang juga merupakan sasaran beliau. Diinspirasikan oleh filem “Kill Bill” dan filem-filem arahan Guy Ritchie di mana jalan ceritanya kebanyakkannya berkisar tentang konspirasi dunia bawah tanah ataupun kongsi gelap.

       6. Angin Kencang (piano live version)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *