(HIBURAN) Pelancaran Album Kompilasi Kumpulan UNGU “TIMELESS”

Spread the love

28 November 2012 – Kumpulan UNGU membuat kemunculan di Kuala Lumpur sempena siri konsert jelajah untuk mempromosikan album kompilasi terbaru mereka “Timelesss”.  Album yang memuatkan 14 buah lagu kumpulan UNGU ini merupakan pilihan-pilihan peminat kumpulan UNGU yang lebih dikenali sebagai CLIQUERS yang dikompilasikan bersama dengan 4 lagu baru. Album TIMELESS membawa peminat menyusuri kenangan melalui lagu-lagu UNGU: ‘Hampa Hatiku’, ‘Demi Waktu’, ‘Percaya Padaku’, ‘Kekasih Gelapku’, ‘Dirimu Satu’, ‘Karena Dia Kamu’, ‘Laguku’, ‘Cinta Dalam Hati’, Berikan Aku Cinta’, dan ‘Tercipta Untukku’ (accoustic version) serta ditambah dengan 4 lagu baru: ‘Sayang… … …’,’Kau Anggap Apa’, ‘Puing Kenangan’, ‘Apa Sih Maumu’. Kumpulan yang dianggotai oleh Pasha (vokalis), Makki (bassist), Enda (guitarist), Oncy (guitarist) dan Rowman (drummer) akan mengadakan beberapa siri jelajah di Kuala Lumpur (26 – 28 Nov), Kota Kinabalu ( 29 – 30) dan di Kuching (1 – 2 Dis). Siri jelajah ini dirancang sempena penghormatan terima kasih Ungu kepada para peminat mereka yang jauh. Bercakap kepada pihak media semasa sidang akhbar sempena konsert siri jelajah di Malaysia, Pasha yang mewakili pihak kumpulan UNGU menjelaskan bahawa, kumpulan UNGU akan menyiapkan album penuh mereka pada tahun hadapan. Di majlis sidang media ini juga Pasha UNGU dikejutkan dengan nyanyian ucapan hari lahir serta kek sumbangan pihak penganjur. Pihak Suria Record juga memberikan plak penghargaan 1 JUTA muat turun lagu “Percaya Padaku” kepada kumpulan UNGU.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *