Tag: kompilasi

(HIBURAN) MAJLIS PELANCARAN ALBUM KOMPILASI 6IXTH SENSE “SENSE OF LOVE”

IMG_1537

6ixth Sense,sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi bagi peminat muzik tanah air. Mula bertapak di dalam industri muzik Malaysia sejak tahun 2005,6ixth Sense telah melahirkan 4 buah album bersama syarikat rakaman mereka sebelum ini. Nama 6ixth Sense telah melonjak naik setelah lagu dari album pertama mereka iaitu Hari Ini dan Semalam berjaya mencuri hati pendengar muzik. Read more →

(HIBURAN) ALBUM KOMPILASI GERENTI BEST & GERENTI KAROK DILANCARKAN

Gerenti Best & Gerenti Karok

Selepas kejayaan album-album kompilasi yang terdahulu, KRU Music sekali lagi tampil dengan dua buah album kompilasi berjudul ‘Gerenti Best’ dan ‘Gerenti Karok’ khas buat para peminat KRU Music dan telah dilancarkan pada minggu lepas. Read more →

(HIBURAN) ALBUM KOMPILASI AIM20

IMG_4562

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah melancarkan album Anugerah Industri Muzik 20 (AIM 20) yang memuatkan 16 buah lagu nyanyian barisan penyanyi berbakat tempatan. Majlis pelancaran yang berlangsung di sebuah restoran sekitar Taman Tun Dr Ismail ini juga menjadi majlis doa kesyukuran sempena kejayaan menjayakan majlis gilang gemilang Anugerah Industri Muzik 20 (AIM 20) pada tanggal 14 Disember 2013 yang lalu. Read more →

(HIBURAN) Siaran Media : Album Kompilasi – KOTAK TERBAIK

KOTAK

BERSEMPENA DENGAN PENGRILISAN ALBUM TERBAIK DI INDONESIA. KUMPULAN KOTAK TELAH MELAKUKAN KONSERT DI 8 TEMPAT DALAM TEMPOH 8 HARI DEMI PEMINAT KESAYANGAN MEREKA. KOTAK – TERBAIK

Kumpulan KOTAK ditubuhkan pada tahun 2004 di mana mereka menjadi juara di pertandingan Dream Band dan tahun ini merupakan tahun kesembilan KOTAK berada di persada muzik Indonesia. Kini, kelantangan suara Tantri, kehebatan ‘strum’ gitar daripada Cella dan bass daripada Chua boleh didapati di album terbaru KOTAK yang bertajuk TERBAIK. KOTAK yang telah popular di Indonesia ini telah mengeluarkan 4 album studio dengan beberapa pencapaian dan anugerah daripada Industri Muzik Indonesia dan Anugerah Planet Muzik. TERBAIK merupakan album yang harus dimiliki kerana ia merupakan kompilasi pertama yang merangkumi kesemua lagu-lagu hit daripada album KOTAK yang terdahulu dan juga beberapa buah lagu baru. Band yang berasal dari Jakarta ini juga memperjuangkan lagu-lagu berkonsepkan modern rock. Read more →

(HIBURAN) Siaran Media : Album Kompilasi – SOHAIMI MIOR HASSAN 1

mior

SOHAIMI MIOR HASSAN merupakan anak jati negeri Perak yang mula merakamkan album pertamanya pada 1982 bertajuk “Prolog” yang menampilkan lagu ‘EPILOG CINTA DARI BROMLEY’ sebagai “killer song”. Lagu tersebut masih bertahan dan terus diminati sehingga sekarang. Lagu-lagu Sohaimi kebanyakannya dicipta sendiri. Selain dari mempunyai suara jantan sehingga digelar “Broery Marantika Malaysia”, beliau juga mempunyai kebolehan mencipta lagu yang hebat dan lirik yang puitis. Read more →