(HIBURAN) Pelancaran Lagu Tema Filem “VIKINGDOM” Dendangan Kumpulan MOJO

Spread the love

IMG_9553

Kumpulan yang terkenal menerusi lagu Andaiku Bercinta Lagi, MOJO  telah diberi penghormatan besar oleh pihak KRU Studios untuk menyampaikan lagu tema filem Vikingdom berjudul Dark Clouds. MOJO merupakan sebuah ‘Super-Band’ yang terdiri daripada Aweera (bekas finalis OIAM) selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer/penerbit ternama, Edry sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain drum, Johar (anggota kumpulan Tilu dan bekas beberapa kumpulan Indie). Demi untuk mengeksplorasi visi muzik masing-masing, 4 pemuzik serba berpengalaman telah bergabung untuk menubuhkan sebuah kumpulan ‘Super-Band’ yang mempertaruhkan konsep ‘Synth-Rock’ sebagai identiti.

IMG_9523

Dengan peluang yang diberikan ini, kumpulan Mojo bakal memperluaskan lagi kerjaya mereka ke peringkat antarabangsa. Ini kerana filem Vikingdom akan turut menemui penonton di lebih 80 buah negara mulai September 2013 hingga Mac 2014. Filem Vikingdom akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Amerika Syarikat pada 4 Oktober ini, manakala di Malaysia, filem ini akan mula menemui penonton pada 12 September depan. Untuk pengetahuan, Dark Clouds merupakan lagu ciptaan Yusri dan Edry Abdul Halim di mana lagu ini juga merupakan single versi Bahasa Inggeris pertama buat kumpulan tersebut.

mojosmallFenomena lagu ‘Andai Ku Bercinta Lagi’ membolehkan kumpulan ini  menerima pengiktirafan Anugerah 5 kali platinum di dalam rekod penjualan secara digital dan muat turun daripada RECORDING INDUSTRY ASSOCIATION of MALAYSIA (RIM) . Kumuplan MOJO juga menempa kejayaan di pasaran Asia melalui pencapaian mereka sebagai wakil Malaysia di edisi ke 3, Hong Kong Asian-POP Music Festival (HKAMF 2013) pada awal tahun ini. MOJO berjaya memenangi anugerah “Vokal Terbaik” serta mendapat tempat ke 2 secara keseluruhan di pertandingan Supernova yang membariskan selebriti terkenal dari China, Jepun, Taiwan, HK, Korea Selatan dan SIngapura.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *