Tag: Kumpulan

(SEMASA) Kumpulan Syarikat KK Mendefinasikan Semula Pasaran Kedai Runcit dengan Pelancaran Kedai Konsep KK yang menawarkan eksklusif, keselesaan, kemampuan, pengalaman dan perkhidmatan yang berkualiti kepada setiap pengguna

Kumpulan Syarikat KK telah membina jenama nama yang kukuh di perantaraan khalayak ramai pengguna di rumah melalui KK SUPER Mart, rangkaian kedai serbaneka 24 jam di Malaysia, dengan lebih 9,000 produk keperluan asas harian di seluruh 400 cawangan setakat ini. Syarikat yang bertindak balas berterusan terhadap pemodenan dan trend gaya hidup semasa, telah melancarkan kedai konsep KK di KL hari ini. Konsep kedai tempatan ini menandakan yang pertama di Malaysia berkonsepkan penyediakan makanan tersedia untuk dimakan dan konsep makanan segar, juga menawarkan lebih daripada 100 pilihan jenis makanan yang tersedia untuk dimakan dan makanan segar. Dengan harga yang berpatutan, terdapat pelbagai jenis barangan untuk memenuhi keperluan setiap pengguna.

Read more →

(HIBURAN) Kumpulan SEARCH bakal mengegarkan Johor Oktober Ini

DSC_1538-01

SEARCH, satu nama yang tidak asing lagi di dalam industri muzik adalah sebuah kumpulan rock yang telah bertakhta di persada seni muzik lebih 34 tahun dan sehingga ke hari ini masih kekal aktif. Kumpulan SEARCH masih lagi dibarisi ahli-ahli asalnya dianggotai oleh Amy (vokalis), Kid (gitar utama), Din (gitar kedua), Nasir (gitar bas) dan Yazit (drum). Kumpulan ini masih kekal sebagai kumpulan rock palingpopular di Malaysia. Read more →

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang (BMB) BERMULA! “1 Solo & 11 Kumpulan Berentap Merebut RM 200,000”

Barisan Sifu dan anak didik BMB2

“Serata Galaksi Mencari Legasi”. Setelah melakar kejayaan besar dalam mengangkat martabat bidang sketsa komedi dan nyanyian ke peringkat lebih tinggi menerusi Bintang Mencari Bintang (BMB) musim pertama serta perkembangan kerjaya juaranya, Achey dan naib juara, Kumpulan Bochik, kini pihak TV3 dengan berbesar hati membawakan kembali program pencarian penghibur terunggul iaitu Bintang Mencari Bintang musim kedua! Sifu dan anak didik manakah pula yang bakal meraih gelaran juara Bintang Mencari Bintang untuk musim baru ini? Read more →

(HIBURAN) Pelancaran Lagu Tema Filem “VIKINGDOM” Dendangan Kumpulan MOJO

IMG_9553

Kumpulan yang terkenal menerusi lagu Andaiku Bercinta Lagi, MOJO  telah diberi penghormatan besar oleh pihak KRU Studios untuk menyampaikan lagu tema filem Vikingdom berjudul Dark Clouds. MOJO merupakan sebuah ‘Super-Band’ yang terdiri daripada Aweera (bekas finalis OIAM) selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer/penerbit ternama, Edry sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain drum, Johar (anggota kumpulan Tilu dan bekas beberapa kumpulan Indie). Demi untuk mengeksplorasi visi muzik masing-masing, 4 pemuzik serba berpengalaman telah bergabung untuk menubuhkan sebuah kumpulan ‘Super-Band’ yang mempertaruhkan konsep ‘Synth-Rock’ sebagai identiti. Read more →

(HIBURAN) Kumpulan Wala Juara Raja Lawak musim ke 7

IMG_6090crop

Teka-teki siapakah yang bakal merangkul gelaran juara! di gelanggang akhir Raja Lawak Musim Ke-7 akhirnya terjawab apabila kumpulan Wala yang terdiri daripada Wan Mustapha Muntek dan Walawd Parman berasal dari Sabah dinobatkan selaku juara di gelanggang akhir Raja Lawak 7. Selaku juara, kumpulan itu berjaya meraih hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi. Manakala naib juara dimenangi oleh kumpulan Sakan yang dianggotai oleh Husni Hussain, Ku Ismafaizul Ku Ismail dan Mohd Saiful Nizam Mansor dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000. Manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan dari Singapura iaitu Bora dan Gamat berada di tempat keempat. Bora dan Gamat tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM30,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Read more →