(HIBURAN) Pelancaran Muzik Video Terbaru “UMI” dan Konsert Amal “My Journey” Dato Shake

Spread the love

IMG_1246

Setelah sekian lama tidak mengadakan konsert untuk peminat beliau, penyanyi tersohor Malaysia yang mencipta nama di Perancis, Dato Shake telah mengumumkan berita gembira untuk peminat beliau di Malaysia. Bertempat di Heritage Club, Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, Dato Shake telah mengumumkan perancangan konsert amal pertama beliau sempena majlis Pelancaran video muzik terbaru Dato’ Shake – “UMI”.  Konsert Amal Bakti Dato’ Shake dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat ini bakal berlangsung di Kuching, Sarawak pada 10 Mei 2014.

IMG_1251

Ditanya mengenai pemilihan lokasi di Kuching Sarawak, Dato Shake menjelaskan bahawa ada satu nostalgia pada diri beliau apabila bercakap pasal Kuching, Sarawak. Beliau menjelaskan ketika pemergian arwah ibunya, ketika itu beliau sedang mengadakan persembahan, beliau tidak dimaklumkan tentang berita sedih tersebut sehinggakan persembahan beliau terpaksa ditamatkan lebih awal disebabkan beberapa masalah luar jangka. Dato Shake, bertolak balik dalam penerbangan pertama pada keesokan paginya untuk menghadiri pengebumian ibunya. Namun begitu, sebab paling jelas ialah kesudian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat untuk berkerjasama kerana menterinya berasal dari Sarawak dan keupayaan mendapatkan tajaan untuk konsert yang cepat di negeri tersebut. Perancangan konsert tidak terhenti disitu  sahaja kerana ia bakal menjelajah beberapa venue lagi di Sabah, Johor dan Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut juga, pihak media dipertontonkan dengan muzik video terbaru untuk lagu ‘UMI’ yang pembikinannya dilakukan di lokasi terkenal sekitar Paris. Dato Shake menjelaskan bahawa video muzik tersebut diarahkan sendiri oleh anak lelaki beliau Amaro. Perubahan ketara pada video muzik ini adalah gubahan semula melodi lagu UMI yang lebih berentak blues dan lebih segar.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *