Tag: Dato’ Shake

(HIBURAN) Konsert Dato’ Shake Bakal Berlangsung Di Kuala Lumpur Pada 16 Disember 2023

Sebut sahaja judul lagu – lagu seperti You Know I love you “tu sais je t’aime”, Umi, Pulanglah dan Anugerah Dari Kegagalan, sudah pasti ramai peminat yang mengenalinya, seorang penyanyi legenda yang bergitu gah namanya dan bertaraf antarabangsa. Read more →

(HIBURAN) Pelancaran Muzik Video Terbaru “UMI” dan Konsert Amal “My Journey” Dato Shake

IMG_1246

Setelah sekian lama tidak mengadakan konsert untuk peminat beliau, penyanyi tersohor Malaysia yang mencipta nama di Perancis, Dato Shake telah mengumumkan berita gembira untuk peminat beliau di Malaysia. Bertempat di Heritage Club, Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, Dato Shake telah mengumumkan perancangan konsert amal pertama beliau sempena majlis Pelancaran video muzik terbaru Dato’ Shake – “UMI”.  Konsert Amal Bakti Dato’ Shake dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat ini bakal berlangsung di Kuching, Sarawak pada 10 Mei 2014.

Read more →

(HIBURAN) Dato’ Shake Kembali Dengan “CHAMELEON”

IMG_1851GMO

 

 

20 Disember 2012 – Bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur telah berlangsungnya pelancaran album Melayu penuh terbaru dari Dato’ Shake. Album yang bertajuk ” Chameleon” ini mengandungi 12 lagu baru berbahasa Melayu sepenuhnya dan ia diterbitkan bersama oleh Dato’ Shake dan MaddBlues. Menjawab pertanyaan media mengenai album ini, Dato’ Shake menjelaskan ia merupakan album untuk peminat beliau yang telah lama menantikan kemunculan buah tangan terbaru dari beliau. Dato’ Shake juga menjelaskan tahun 2013 merupakan tahun untuk beliau kembali aktif di dalam industri muzik Malaysia termasuklah siri konsert jelajah di beberapa bandar utama di Malaysia yang bakal diberitahu kelak. Pada majlis ini juga, Dato’ Shake telah diperkenalkan sebagai duta ANDPI (Association of Natural Disaster Prevention Industry) Read more →