Tag: Fahrin Ahmad

(HIBURAN) Apabila Emma Maembong Dibuli Fahrin Ahmad Dalam YES BOSS!

Yes Bos! (1)

“Yes Boss!” Itu saja jawapan yang harus diberikan oleh pembantu naif, Aryana setiap kali menerima arahan daripada bosnya, Irfan Ilham. Istimewa buat penonton TV3, drama siri arahan Emi Suffian iaitu YES BOSS! bakal menghiasi petang hujung minggu anda dengan adegan romantik pelakon-pelokon hebat seperti Fahrin Ahmad, Emma Maembong, Norkhiriah, Julia Zigler, Shamsul Ghau Ghau, Jasmin Hamid, Ryzal Jaafar, Norlia Ghani, Zafrul Nordin, Raja Ema, Chacha Maembong dan ramai lagi. Drama siri 24 episod ini akan menemui penonton bermula 15 Febuari 2014 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.00 petang hingga 6.30 petang. Read more →

(HIBURAN) Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25)

ffm25

Setelah beberapa kali ditangguhkan, akhirnya Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM-25) bakal dilangsungkan pada 2 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Festival anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu bakal menyaksikan 59 filem cereka, 66 filem pendek dan 14 filem animasi bersaing untuk 23 kategori yang dipertandingkan. Majlis anugerah pada kali ini bakal dihoskan oleh dua Fahrin Ahmad dan Erra Fazira dan ini merupakan gandingan kali pertama sebagai pengacara majlis anugerah. Malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke 25 kali ini juga akan disiarkan secara langsung dengan format defisini tinggi (HD) melalui Mustika HD & standard melalui Astro Ria juga RTM2. Selain malam anugerah, Majlis Perasmian FFM 25 akan diadakan pada 27 Februari ini bertempat di pusat beli-belah e@Curve, Damansara. Dari senarai pencalonan, filem Bunohan dan Songlap nampaknya mendominasi kategori-kategori utama FFM25 dan ini adalah sesuatu yang menarik serta positif untuk filem-filem berkualiti seumpamanya. Filem Songlap berjaya menerima 15 pencalonan secara keseluruhan dalam FFM 25 dan menjadikan ianya filem terbanyak meraih pencalonan dalam sejarah penganjuran FFM selama 25 edisi. Kategori Filem Terbaik Festival Filem Malaysia yang sering di’nantikan saban tahun menyaksikan pencalonan Songlap, Ombak Rindu, S.A.M, 29 Februari dan juga Bunohan. Read more →