(HIBURAN) Persembahan Ratu Cinta Oleh Krisdayanti

Spread the love

IMG_2401gmo

Diva tersohor dari negara seberang, KRISDAYANTI telah melancarkan album kompilasi terbaru beliau dan juga video muzik untuk lagu “Bertubi-Tubi” hasil ciptaan komposer terkenal Indonesia iaitu Melly Goeslaw. Album ini merupakan batu loncatan buat ibu beranak empat ini untuk kembali ke persada muzik nusantara.

Krisdayanti_-_Persembahan_Ratu_Cintagmo

Album PERSEMBAHAN RATU CINTA ini mengandungi  16 buah lagu termasuk 2 lagu gubahan baru  iaitu RASA CINTA dan BERTUBI-TUBI. Beliau berharap, single terbaru ini benar-benar dapat mengubat rindu para peminat yang sememangnya merindukan vocal lunak beliau.

Bercakap mengenai video muzik BERTUBI-TUBI, Krisdayanti menjelaskan, ia merupakan hasil karya adik beliau sendiri yang menuntut di dalam jurusan sinematografi. Beliau menerangkan video muzik ini mengambarkan betapa dalam perasaan cintanya terhadap suami dan anak-anaknya.  Video Muzik ini bakal dimuatnaik ke YouTube Warner Music Indonesia bermula 16 April 2014 ini.

PERSEMBAHAN RATU CINTA merupakan album kompilasi Krisdayanti selama kariernya dari album Terserah hingga Krisdayanti.

  1. Ratu Cinta
  2. Bertubi Tubi
  3. Perasaan
  4. Mahadaya Cinta
  5. Pilihlah Aku
  6. Cobalah Untuk Setia
  7. Mencintaimu
  8. Pengabdian Cinta
  9. Yang Ku Mau
  10. Terserah
  11. Ku Tak Sanggup
  12. Menghitung Hari
  13. Penasaran
  14. I’m Sorry Goodbye
  15. Sampai Mati (Can’t Remember a Time)
  16. Rembulan (remix)

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *