(SEMASA) Bazaar Amal “Listen to the World” NTV7

Spread the love

DSCF0327

Bazaar Amal “Listen to the World” merupakan kesinambungan projek program LISTEN TO THE WORLD anjuran NTV7 yang merupakan program khidmat bakti selebriti tempatan kepada masyarakat tidak kira di dalam dan luar negara. Lelongan dan jualan amal ini yang berlangsung di Sunway Giza@Kota Damansara bermula sekitar 10pg – 2ptg  (9 Jun 2013) yang mendapat sokongan selebriti-selebriti yang menjayakan projek ini dan juga kakitangan jabatan NTV7. Segala kutipan majlis amal ini akan digunakan untuk menampung dana bagi membantu mereka yang memerlukan dan program ini masih lagi berjalan walaupun beberapa misi bakti telah pun dirakam dan bakal disiarkan bermula 2 Ogos 2013, pada setiap Jumaat jam 10 malam sehingga jam 10.30 malam di NTV7.

 LTTW(e-invatation)ENGsmall

Antara selebriti yang terlibat dan menghulurkan tangan mereka dalam misi khidmat bakti ini adalah Debbie Goh, Frederick Lee, Andrian Tan, Karena Teo, Leslie Chai, Aenie Wong, Lawrance Wong, Ong Ai Leng, Kyo Chen dan Jan Chin.

DSCF0332

Antara lokasi yang dilawati oleh selebriti ini dalam misi khidmat bakti ini ialah Thailand (, Ong Ai Leng dan  Kyo Chen), Kemboja (Karena Teo dan Jan Chin), China (Lawrence Wong dan leslie Chai), Nepal (Andrian Tan dan Aenie Wong) dan bahagian utara Pulau Borneo, Sabah yang melibatkan Frederick Lee bersama Debbie Goh.

DSCF0328

Projek murni ini juga mendapat sokongan pelbagai pihak antaranya World Vision, Air Asia dan One FM selaku stesen radio rasmi untuk program ini.

bazar NTV7small


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *