KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2026 – Peminat muzik tanah air yang masih kecewa kerana kehabisan tiket kini boleh bernafas lega. Susulan permintaan yang amat menggalakkan sejak pengumuman awal dibuat, penganjur Zues Event dengan bangganya mengumumkan penambahan kategori tiket baharu bagi konsert Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur.
Sepanjang beberapa dekad, Jason Mraz terus menjadi sumber inspirasi dan penyatu hati peminat di seluruh dunia menerusi lagu-lagu evergreen yang menjadi siulan ramai, termasuklah “I’m Yours”, “I Won’t Give Up”, “Have It All”, serta duet manis “Lucky” bersama Colbie Caillat.
Dipersembahkan oleh Prudential Malaysia dan dianjurkan oleh Zues Event, konsert yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung pada Sabtu, 31 Oktober 2026 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Bagi memastikan keselesaan optimum, keseluruhan acara ini akan menggunakan konsep tempat duduk sepenuhnya (all-seater).
- Jazzy: RM688
- Acoustic: RM588
- Soulful: RM488
- Originals: RM388
- Nostalgic: RM288
- Mellow: RM498 (Kategori Baharu)
- Rhythm: RM428 (Kategori Baharu)
- Alive: RM358 (Kategori Baharu)
- Zenith: RM258 (Kategori Baharu)
- Signature: RM158 (Pandangan Terhad)
Jualan untuk kategori tiket baharu ini akan dibuka secara rasmi pada Rabu, 12 Ogos 2026, tepat jam 12.00 tengah hari. Orang ramai diingatkan bahawa semua harga tiket yang dipaparkan adalah tidak termasuk yuran pemprosesan dan Cukai Perkhidmatan (SST).
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk merasai sendiri aura positif Jason Mraz, pengalaman sing-along bersama lagu-lagu ikonik beliau, serta kejutan visual istimewa seperti persembahan dron dan percikan bunga api yang dijamin memukau.
Tiket boleh diperoleh secara dalam talian melalui platform rasmi etix.my, MAISEAT, dan Trip.com.
Untuk maklumat lanjut, jadual terkini, dan pengumuman istimewa, orang ramai digalakkan untuk mengikuti perkembangan terkini di halaman media sosial rasmi penganjur, @zuesevent di Facebook dan Instagram.
