(HIBURAN) SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA LEBIH MERIAH, LEBIH TUAH BERSAMA “CNY SO HAPPY”!

Spread the love

Tahukah anda bahawa zodiak Cina mempunyai kitaran 12 tahun yang terdiri daripada dua belas ekor haiwan? Secara tradisi, zodiak Cina bermula dengan bintang tikus dan diakhiri dengan bintang khinzir. Pada tahun hadapan, kaum Cina seluruh dunia bakal menyambut Tahun Baharu Cina yang juga merupakan tahun penamat kepada kitaran 12 tahun ini.

Bagi edisi tahun 2019, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad menerusi saluran 8TV bergabung tenaga dengan rakan-rakan media seperti portal video tonton, CJ Wow Shop, Viralcham, Rojaklah serta TTN untuk menjayakan kempen dan juga album Tahun Baharu Cina 2019 iaitu CNY So Happy.

Berlangsung di Paradigm Mall Boulevard, Petaling Jaya hari ini, majlis pelancaran kempen dan album CNY So Happy dihadiri oleh barisan selebriti seperti Henley Hii, Orange, Jordan, Emily, Haoren, Pauline Tan, Rickman dan Natalie selaku lapan orang “Buddies” yang terpilih untuk menjadi wajah kempen kali ini. Selebriti-selebriti lain seperti Gary Yap, Jan, Ley Teng, Desmond serta penyanyi Cina tempatan terkenal iaitu John Wee juga turun padang untuk memeriahkan lagi aktiviti sepanjang majlis ini.

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Sudah menjadi sebuah tradisi untuk membawa buah tangan ketika melawat sanak-saudara dan rakan-rakan pada setiap musim perayaan. Tema kempen Tahun Baharu Cina akan datang iaitu CNY So Happy ini membawakan tema ‘memberi’, di mana kita ingin menyampaikan mesej agar sentiasa ingat untuk memberi sesuatu dengan hati yang ikhlas. Tidak kira murah atau mahal, harga sesuatu barangan yang ingin diberi bukanlah ukuran tahap keikhlasan seseorang. Apa yang penting adalah kita harus sentiasa ingat untuk mendoakan agar insan tersayang akan hidup sejahtera dan bahagia sepanjang tahun.’

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja-penaja kami iaitu Loreal, Nivea, Tesco, Kinohimitsu, Maggi, Jasmine Rice, Lam Soon, A1 Dragon Horse Brand, Quill City Mall KL dan Somersby yang sudi memberi sokongan untuk kempen ini,” ujar Encik Johan.

Seiring dengan itu, kami turut menerbitkan sebuah album lagu yang dinamakan bersempena dengan kempen ini iatu CNY So Happy, di mana ia memuatkan empat buah lagu dan satu video muzik bertemakan Tahun Baharu Cina yang pastinya akan menjadi siulan orang ramai. Tidak ketinggalan, dua maskot baharu, Da Ji & Da Li, turut diperkenalkan buat pertama kali bagi menyemarakkan lagi perayaan akan datang.

Single utama bagi album ini berjudul CNY So Happy dan dinyanyikan oleh lapan “Buddies” yang terdiri daripada Henley, Orange, Jordan, Emily, Haoren, Pauline Tan, Rickman dan Natalie. Komposer terkenal, Athena Beh pula bertanggungjawab dalam menggubah lagu ini yang menekankan adat memberi. Video muzik lagu ini pula akan membuat kemunculan pertamanya di kaca tv malam ini, pada pukul 8.35 malam di saluran 8TV.

Album lagu CNY So Happy ini turut membariskan beberapa selebriti, personaliti 8TV, dan penyanyi terkenal seperti berikut:

  • “Ticket To Home” Gary, Jan, Lynn, Wind, Desmond, Chrystina, Wilson & Sherlyn
  • “Good Times Together” – Bekas juara program Superstar John Wee, Henley Hii & Orange
  • “Singing in the Spring 2019” – lagu tema telemovie Singing in the Spring yang telah diberikan nafas baharu, dan dinyanyikan oleh Haoren, Orange, Rickman, Emily, Jordan, Sherlyn, Aye Keng, Jacky & Eric

Di samping itu, kesemua Buddies ini juga turut membintangi filem pendek istimewa Tahun Baharu Cina bertajuk CNY So Happy yang berkisarkan tema kempen tahun ini. Filem pendek yang diterajui oleh See Chee How sebagai penerbit eksekutif ini dapat disaksikan dahulu di portal video tonton pada awal bulan Januari 2019, kemudian disiarkan di saluran 8TV.

Kempen ini akan disemarakkan oleh Trak CNY So Happy yang akan menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia bermula 5 Januari 2019, termasuk CNY Grand Bazaar yang akan diadakan di KL Sports City, Bukit Jalil bermula dari 13 Januari sehingga 31 Januari.

Bagi mereka yang ingin membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke CNY Grand Bazaar yang menawarkan harga barangan yang hebat. Malah, para pengunjung akan dihiburkan dengan dengan aktiviti-aktiviti menarik termasuk konsert CNY So Happy. Trak CNY So Happy ini juga mengajak orang ramai untuk bermain #TikTokChallenge.

Menarik tentang peraduan #cnysohappy TikTok Challenge yang dibawakan khas oleh aplikasi TikTok, sebuah laman media sosial yang merupakan platform untuk menyerlahkan kreativiti masing-masing dengan menghasilkan video muzik pendek, anda boleh memuat naik video paling menarik dan kreatif untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai peraduan ini, anda harus memuat turun aplikasi TikTok di gajet terdahulu. Kemudian, cari lagu CNY So Happy dan mulakan permainan. Pastikan akaun yang anda guna adalah akaun sendiri, dan jangan lupa untuk menggunakan #cnysohappy. Kongsikan juga video anda di laman media sosial Facebook dan Instagram supaya video anda berjaya dipilih untuk disiarkan di saluran 8TV!

Bukan itu sahaja, barangan eksklusif CNY So Happy juga boleh menjadi milik anda! Semua barangan ini boleh didapati di Kedai Buku Popular dan CD Rama bermula 16 Disember 2018!

Peminat CJ WOW SHOP dalam kalangan masyarakat Cina pula bakal menikmati akses meluas kepada produk gaya hidup dan kelengkapan rumah yang inovatif apabila rangkaian beli belah dari rumah ini menambahkan program bahasa Mandarinnya pada tahun 2019. Dengan kejutan dan ganjaran istimewa menanti para pelanggan, CJ WOW SHOP juga akan memperkenalkan beberapa pengacara bahasa Mandarin baharu. Mereka turut berganding bahu bersama-sama barisan pengacara sedia ada yang telah meraih ramai peminat, termasuk Baki Zainal, Pauline Tan, Gary Yap, Desmond Tey, Kah Chee, Shin Kong dan lain-lain, untuk menjayakan segmen ini.

Tidak ketinggalan, kempen CNY So Happy juga mendapat sokongan daripada beberapa penaja yang sama-sama menghangatkan perayaan Tahun Baharu Cina akan datang, antaranya,

  1. Loreal (Singing In The Spring 2019 and Trak CNY So Happy)
  2. Nivea (Sweet Delicacy)
  3. Tesco (Little Happiness Too)
  4. Kinohimitsu (Sweet Delicacy)
  5. Maggi (Ho Chak! CNY Special)
  6. Jasmine Rice (Chef Yan In The House 2019)
  7. Lam Soon (Chef Yan In The House 2019)
  8. A1 Dragon Horse Brand (Chef Yan In The House 2019)
  9. Quill City Mall KL (Trak CNY So Happy)
  10. Somersby (Trak CNY So Happy & lagu tema CNY So Happy)

Bahang Tahun Baharu Cina semakin dirasai, rancakkan lagi perbualan mengenai CNY So Happy di laman sosial media anda dengan #cnysohappy! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.xtra.com.my/cnysohappy dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram 8TV iaitu @8TVchinese.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *