(HIBURAN) Showcase  An Evening bersama Dato’ Jaafar and Friends

Spread the love

Kuala Lumpur,  18 September 2018 –  Sudah lama kita tidak mendengar berita mengenai penghibur terkenal Dato Jaafar Onn. Bertempat di Café Grand Cambell Kuala Lumpur, diadakan satu sidang media untuk mengumumkan Showcase  An Evening bersama Dato’ Jaafar and Friends yang bakal berlangsung pada 19 Oktober 2018. Persembahan ini juga akan diadakan Dewan Wow KL yang dikenali sebelum ini ialah Saloma Bistro, Matic Kuala Lumpur bermula jam 8 malam.

Showacse ini juga bakal menggabungkan peragaan seni batik sebagai salah satu acara sampingan yang akan diselang selikan semasa persembahan untuk mempromosikan batik dan produk kecantikkan tempatan. Harga tiket pula dalam bentuk jualan 1 meja untuk 10 orang iaitu RM1500.  Pilihan lagu untuk malam Evergreen Melodies Showcase ini berdasarkan lagu yang dipilih oleh artis itu snediri dengan pertaruhan lagu popular masing-masing seperti Datuk Jaafar Onn, Salwa Abd Rahman, Datuk Yusni Hamid, Rohana Jalil, Lina Kamsan, artis baharu dan juga artis  popular YouTube.

Showcase ini juga turut ditaja oleh Pupa, WowKL, SevenEssences, Batik Canting, Bigbrain House[e], Jasmine, Warisan Records, The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur dan Jetworld Holidays.

Untuk keterangan lanjut mengenai showcase tersebut, sila hubungi : Jimmy ( 012 3196571 ) atau email : bigbrainhouse@gmail.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *