(SEMASA) Taipei Membawa Masuk Jenama Trendy untuk Menggalakkan Pelancongan di Malaysia Menampilkan Persembahan Duet Dato’ Fazley dan Mickey Huang

Spread the love

Putrajaya, 14 September, 2018 – Dalam usaha meningkatkan keupayaan pasaran di kalangan pelancong Malaysia, Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei telah membawa masuk beberapa jenama terkenal yang berpangkalan di Taipei dalam satu upacara pelancaran yang dinamakan “FUN TAIPEI” di IOI City Mall, Putrajaya, hari ini.

Dalam acara tersebut, Dato’ Fazley Yaakob, chef selebriti yang tidak asing lagi telah berduet dengan Mickey Huang, bakat kreatif yang didatangkan khas dari Taiwan, menerusi lagu Rasa Sayang. Versi baru lagu rakyat tersebut merupakan gubahan semula oleh Dato’ Fazley sendiri. Dalam mengangkat maksud sebenar kempen “FUN TAIPEI” yang sedang berlangsung, Dato’ Fazley tidak keberatan untuk menulis lirik Rasa Sayang yang sejujurnya menceritakan pengalaman manis pada setiap kunjungan beliau ke Taipei. Selain menampilkan keindahan destinasi pelancongan yang mesti dijejaki dan keseronokan menaiki bas persiaran bertingkat, lirik Rasa Sayang versi Dato’ Fazley sudah semestinya memberi penekanan ke atas tempat penginapan dan makan yang mesra-Muslim, seperti Amba Hotel, Kuo Yuan-ye Foods, Formosan Coffee, Ice Monster, Jingimoo Dessert Shop dan Fried Chicken Master.

 

Justeru, dalam kempen “FUN TAIPEI” yang dibawakan khas selama tiga hari bermula jam 10 pagi, 14hb hingga 16hb September, di IOI City Mall, orang ramai dijemput hadir untuk merasai sendiri keunikan hidangan asli Taiwan seperti kek nanas, ayam goreng, kopi Taiwan, ais cukur mangga serta pencuci mulut yang lain. Selebriti kelahiran Taiwan, Mickey Huang berkata “Siapa yang lebih layak untuk menjadi jurucakap Taipei, kalau bukan saya?”. Beliau kelihatan teruja berkongsi pengetahuan tentang tempat makan sedap selain destinasi dan aktiviti yang menyeronokkan di bandar Taipei. Walaubagaimanapun, Mickey akui, beliau masih atau akan sentiasa teruja dengan perkara-perkara baru yang berlaku di sekitar bandaraya Taipei.

Kenyataan Mickey Huang turut diakui oleh Dato ‘Fazley sendiri. Walau kerapkali berkunjung ke Taiwan, pasti akan ada perkara baru yang beliau terokai pada kunjungan beliau yang seterusnya, terutamanya dalam hal makan. “Jangan tak percaya, pasar malam di Taipei merupakan salah satu tempat di mana anda boleh menemui hidangan lazat, seperti ‘stinky tofu’ dan mee daging lembu – antara makanan hebat di Taipei yang tidak boleh saya lupakan,” ujar beliau. Menurut Dato’ Fazley, Taipei bukan sahaja lengkap dengan kemudahan restoran dan hotel yang mesra pelanggan Islam. Malah, tempat yang sesuai untuk lari dari kebiasaan dan menenangkan fikiran.

Untuk tujuan tersebut, Dato’ Fazley bersama beberapa Media arus perdana telah dijemput memenuhi undangan pelancongan atau lawatan Media ke Taipei sekitar Ogos lalu. Antara salah satu daripada pengisian sampingan, Astro H! Live turut menerbitkan program memburu harta karun, untuk memperkenalkan tempat-tempat yang wajib diterokai semasa berkunjung ke Taipei. Justeru, dalam majlis pelancaran “FUN TAIPEI” hari ini di IOI Mall, Putrajaya, Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei turut melancarkan klip digital yang mendokumentasikan kolaborasi dua duta besar – Dato’ Fazley dan Mickey Huang sepanjang misi mencari harta karun dan teroka halal di Taiwan; sekaligus mempromosikan kempen “FUN TAIPEI” di kalangan pelancong Malaysia secara besar-besaran.

Menurut statistik terkini Biro Pelancongan oleh Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Taiwan, jumlah kemasukan pelancong ASEAN ke Taiwan telah melebihi 1.38 juta orang bermula Januari hingga Julai 2018, dan angka itu dikatakan terus meningkat. Malaysia menggungguli kedudukan carta sebagai penyumbang terbesar kepada sektor pelancongan Taiwan di rantau ASEAN, seterusnya memberi inspirasi kepada Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei untuk meneruskan usaha mereka dalam meningkatkan jumlah pelancong Malaysia ke sana tahun ini.

Shen Yung-hua, Pakar Kanan Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei berkata; Malaysia, Filipina dan Indonesia merupakan pasaran sasaran utama kerajaan untuk tahun 2018. Jika dilihat, jumlah pelancong Malaysia ke Taiwan terus meningkat saban tahun, dengan 528,019 pada 2017, mencatat kenaikan sebanyak 11.3% berbanding 474,420 pada 2016. Sekaligus, menjadikan Malaysia menduduki tempat ke enam di kalangan jumlah pelancong tertinggi dunia yang membuat lawatan ke Taiwan. Seperti dinyatakan, di kalangan negara ASEAN, Malaysia merupakan penyumbang terbesar atau tertinggi kepada sektor pelancongan Taiwan. Dan, dalam kebanyakan bandar di Taiwan, Taipei semestinya menjadi kota yang paling ingin dilawati oleh hampir 90 peratus pengunjung dari negara Malaysia.

Oleh yang demikian, Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei kini dalam usaha menerokai pasaran Muslim seiring angka kemasukan pelancong Islam dari Malaysia. Bertindak secara progresif, Taipei akan berusaha keras untuk mewujudkan suasana perjalanan yang lebih mesra pengguna Islam. Pihak penguatkuasa kini, turut dalam usaha berkolaborasi dengan ejen pelancongan tempatan dalam menghasilkan pakej yang lebih praktikal untuk pengembara solo bersesuaian dengan kriteria dan keutamaan rakyat Malaysia. Dan, pelantikan Dato’ Fazley sebagai jurucakap bandaraya Taipei sebagai langkah penggalakan dilihat sebagai salah satu usaha yang tepat dan bersesuaian.

Mengulas lanjut, Shen turut mencadangkan “Malam Tahun Baru Taipei 2019” sebagai acara wajib tahun melawat Taiwan di kalangan pelancong ASEAN. Acara yang bakal berlangsung akhir tahun ini pastinya menjanjikan pengalaman luar biasa dengan menyaksikan percikan bunga api melewati bangunan pencakar langit Taipei 101. Pengunjung disyorkan untuk menaiki MRT keesokan harinya ke Mucha dalam tempoh kurang dari 30 minit untuk sampai ke Maokong Gondola bagi menyaksikan pemandangan indah seluruh bandar Taipei. Shen berkata, “Percayalah, Taipei adalah bandar yang sempurna untuk bersantai. Tidak kira berapa kali anda berkunjung ke sini, pasti ada sesuatu yang baharu untuk anda terokai dan rasai”.

Oleh itu, kini ditawarkan pakej perjalanan istimewa dengan diskaun eksklusif dari syarikat penerbangan utama China Airlines dan pihak perhotelan. Pakej bermula pada harga RM1,200 (kira-kira AS $295). Pelawat berpeluang memenangi salah satu pakej “FUN TAIPEI”, bernilai lebih RM915 (kira-kira US $225). Pakej termasuk beg tote kanvas, Pas satu hari “FUN TAIPEI”, tiket bas persiaran bertingkat mengelilingi Taipei serta kupon atau baucar ke kedai terpilih, memberikan pengunjung peluang akses ke tempat makan dan aktiviti membeli-belah di Taipei dengan lebih mudah.

“FUN TAIPEI” Surprise Package

Jenama Kupon
Amba Hotel ·         Beli Satu & Dapatkan 50% diskaun untuk set Burger (Halal) dan Kentang Goreng Amba dan minuman ringan

·         Beli Satu & Dapatkan 50% Diskaun untuk Mee Sup Rusuk Lembu

Ice Monster ·         Dapatkan Popsicle Berbentuk Ais Raksasa Percuma dengan setiap pembelian melebihi NT $100
Fried Chicken Master ·         Beli Jimbo + Cutie (Besar) & Percuma Satu
KUO YUAN YE pastry ·         Beli Satu Kotak Hadiah Taiwan Golden – Shortcake Nanas (10 unit) & Dapatkan diskaun 40% untuk pembelian kedua (hanya di kedai terpilih)
San Coffee ·         Setiap pembelian melebihi NT $450 berpeluang memenangi satu dari tiga pilihan hadiah
Sugar & Spice pastry ·         10% Diskaun
Jingimoo Dessert ·         Beli Satu Pencuci Mulut Ais & Dapatkan Satu Percuma (hanya pembelian melebihi NT $150)
inBloom designed fabrics shop ·         Percuma sebuah coaster kain cetak dengan setiap pembelian melebihi NT $600
Palais de Chine Hotel ·         Percuma naiktaraf bilik (bergantung pada ketersediaan bilik hotel berhak mengubah dasar tanpa sebarang notis)

·         Percuma Mini Bar sejurus ketibaan.

TAIPEI 101 Observatory ·         Beli Tiket Dewasa & dapatkan 101 Krayon Pelangi
Taipei Double Decker Sightseeing Bus ·         Beli Satu Tiket Hari Penuh & Dapatkan Satu Percuma (untuk pembelian onboard sahaja)

 

###


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *