(HIBURAN) SHOWDOWN 2013 kembali ke gelanggang tari

IMG_1118

SHOWDOWN kembali untuk musim ke 4. Bertempat di The Pool, Kuala Lumpur , telah berlangsungnya sidang media memperkenalkan barisan penaja dan juri serta format terbaru program yang pernah meraih beberapa anugerah utama dan terhebat dalam sejarah televisyen Malaysia. Hadir dengan format baru, SHOWDOWN 2013 tampil dengan 3 kategori yang berbeza iaitu Kategori Junior, Kategori Terbuka dan Kategori All Star. 

IMG_1135Ujibakat SHOWDOWN 2013 bakal diadakan di Menara MATRADE, Jalan Duta, Kuala Lumpur bermula 11 Mei 2013, jam 9.00 pagi sehingga jam 3.00 petang. SHOWDOWN 2013 juga bakal menampilkan juri-juri antarabangsa antaranya, YNOT (USA), Sheena Vera Cruc (Filipina) , Junior Boogaloo (USA), Bboy Full Deck (USA) serta Mr Wiggles dan Jay Smooth dari USA disamping mengekalkan Joe Flizzow dan Maple Loo sebagai juri tetap manakala Hafiz Hatim kekal sebagai pengacara. Tahun ini, SHOWDOWN 2013 bakal bersiaran pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 10.30 malam dan 10.00 malam bermula pada 19 Mei 2013 (Ahad) jam 10.00 malam di saluran 8TV.

showdown combSMALL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *