(HIBURAN) Si Cilik TEGAR

Spread the love

IMG_9988

TEGAR penyanyi cilik yang berasal dari Indonesia ini telah mencetuskan fenomena dengan kasha hidupnya sekitar tahun 2013. Pemilik nama penuh TEGAR SEPTIAN ini mula dikenali apabila klip nyanyiannya yang menyanyikan lagu “Temanku Ini Mabok Cinta” mula mendapat perhatian di laman Youtube. Klip ini mendapat viewer hampir 13,000 dalam tempoh 4 hari. Antara tarikan yang ada pada penyanyi cilik ini ialah kemampuan beliau bermian “UKULELE” yang amat baik sekali. TEGAR telah mendapat perhatian saudara ALFAS HERMANSYAH dan membawa beliau ke dunia persada seni Indonesia dan TEGAR telah mula dikenali dengan lagu “aku yang dulu dan bukan sekarang” yang meletup-letup di radio Indonesia dan Malaysia.

IMG_0005sedutan artikel berkenaan dengan TEGAR (sumber MalaysianDigest)

Bintang cilik dari Subang, Indonesia yang mencetuskan fenomena menerusi lagu Aku Yang Dulu, Tegar berkata, dia tidak pernah melupakan saat-saat sukar yang pernah dilalui sepanjang menjadi pengamen (penyanyi) jalanan sebelum disunting menjadi artis rakaman.

Dek kerana hidupnya yang serba kekurangan, dia terpaksa berhenti sekolah, tinggal dirumah yang hanya berukuran 4×6 meter bersama kedua orang tua serta tiga adiknya. Rutin hariannya, menyanyi dan meminta sedekah di kota Jakarta demi sesuap nasi untuk keluarga.
 “Saya jadi pengamen jalanan sejak umur 7 tahun. Kalau sekali ngamen, bisa (boleh) dapat hingga 100,000 rupiah. Tapi pernah juga balik dengan tangan kosong. Tapi kalau dapat wang ngamen, saya buat beli gam dan rokok. Dulu saya suka hidu gam. Saya suka ke siber kafe bersama teman-teman. Hidup di jalanan memang bebas.
“Tapi sekarang hidup saya sudah jauh berubah. Saya sudah dapat beli rumah dan beli motor. Tapi saya juga cadang mahu beli motor lagi. Saya sudah tidak hidu gam lagi. Sudah berhenti merokok. Saya juga rindu sama teman-teman.
“Saya tidak pernah sangka nasib saya berubah begini dan saya jadi penyanyi. Capek (penat) juga ya, jadi orang kaya, tapi… ya, Alhamdulillah”, petah Tegar berkata-kata saat diajak oleh pihak media berkongsikan tentang perubahan hidupnya kini.
Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian, 12, ditemui sewaktu sesi Lepak Santai Tegar & Media, bertempat di Restoran Istana Bambu, petang semalam.
Daripada seorang pengemis namun dengan bakat luarbiasa yang dimilikinya, ternyata tuah menyebelahi anak sulung dari empat beradik ini. Berbekal kemerduan suaranya, keupayaan bermain piano selain ukelele dan boleh buat magis lantas Tegar sekarang diangkat oleh rakyat Indonesia sebagai seorang penghibur muda yang memiliki masa depan cerah. Malah namanya juga cukup popular di Malaysia.
Sementara itu menurut pengurus Tegar iaitu Alfas Hermasyah, dalam ramai-ramai kanak-kanak yang bergelar penyanyi jalanan, dia tertarik dengan Tegar bukan saja kerana bakat serba boleh kanak-kanak itu. Tetapi kerana Tegar juga seorang yang senang menerima kritikan dan mempunyai kesungguhan untuk memajukan diri.

“Sewaktu saya jumpa dia, dia berusia 9 tahun. Waktu itu hidupnya memang sangat bebas. Tapi mujur dia belum terus terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang lebih buruk seperti menghisap dadah. Selepas membawanya tinggal bersama saya, Tegar diberikan rawatan bagi membuang tabiat menghidu gam dan merokok.
“Kebetulan saya memang belajar dalam jurusan psikologi jadi saya gunakan pendekatan tersebut  untuk membantunya berubah. Selama tiga bulan, Allhamdulillah dia berubah. Sekarang dia sudah bersih sepenuhnya. Tidak lagi hidu gam dan merokok. Malah kalau dia lihat saya merokok, dia pula yang akan menasihati saya.
“Selepas memperbaiki imejnya, saya bawa dia ke label muzik. Selain bakatnya, Tegar seorang budak yang baik, boleh menerima kritikan dan ada kesungguhan untuk memajukan diri”, kata Alfas yang juga merangkap sebagai bapa angkat Tegar.
Tegar sekarang bernaung di bawah label Harpa Records di Indonesia. Sementara di Malaysia dia bernaung di bawah syarikat Rusa Music. Album sulung Tegar berjudul Tegar and Sahabat sudah pun berada di pasaran Malaysia pada pertengahan bulan Ogos.
Selain itu, wakil Harpa Records, Donald Dewa Kusumo yang turut hadir memberitahu, pihaknya kini sedang dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah novel juga filem tentang Tegar. Penggambaran filem tersebut dijangka akan dimulakan pada bulan hadapan.

tegarsmall


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *