(HIBURAN) Sidang Media Ke 2 : Konsert Search Live In Istana Budaya 2014

Spread the love

ALG_3427

Kumpulan lagenda rock negara SEARCH bakal mengegar duniahiburan tanah air dengan laungan muzik rock dari pentas berprestij Istana Budaya sebelum tahun 2014 melabuhkan tirainya.

SEARCH bakal melengkapkan portfolio seni mereka sebagai kumpulan rock terunggul di Malaysia dengan menakluk Istana Budaya sempena konsert “Search : Live In Konsert Budaya 2014” pada -7 Disember ini.

Konsert ini dianjurkan oleh Urban Creative Synergy (UCS) Sdn Bhd bakal menyaksikan persembahan mantap muzik rock yang sinonim dengan SEARCH yang mana kali terakhir beraksi dalam konsert berskala besar adalah pada tahun 2011 dalam Konsert Fenomena 30Tahun Search.

Untuk konsert istimewa yang berlangsung selama 4 hari ini, SERACH bakal memperdengarkan gabungan lagu-lagu terbaik SEARCH sepanjang perjalanan mereka dalam industri seni yang sudah berusia lebih 30 tahun. Selama 2 jam peminat akan dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu kegemaran mereka yang pastinya akan membawa mereka mengimbau kembali tahun-tahun mereka bersama SEARCH.

ALG_3443

Konsert ini juga bakal menjanjikan kelainan apabila SERACH bakal diiringi kumpulan rock cello tempatan iaitu kumpulan PALADIN yang dianggotai oleh 5 pemain cello professional. Konsep gabungan rock dan cello ini bukan sesuatu yang baru kerana Metallica pernah bergabung dengan kumpulan Apocalyptica di dalam sebuah konsert meraikan ulang tahun 30 tahun Metallica di San Francisco, Amerika Syarikat.

Tiket untuk menyaksikan konset berkenaan telah mula dijual sejak 15 Oktober lalu dengan harga RM109, RM209, RM309, RM409 dan RM799 (VIP) dan boleh dibeli secara atas talian di www.ticketpro.com.my.

Sebahagian daripada kutipan jualan tiket konsert ini juga akan disalurlan kepada Tabung Gaza.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *