(HIBURAN) Sidang Media Konsert “Adnan Sami Live in KL 2013”

Spread the love

IMG_6437small gmo

22 Februari 2013 – Bertempat di Restoran Trishna , Hotel Istana Kuala Lumpur telah berlangsungnya sidang media konsert penyanyi Adnan Sami. Penyanyi kelahiran British dan berasal dari Pakistan ini bakal mengadakan persembahan julung-julung kalinya di Malaysia pada 1 Mac 2013 bertempat di Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana , Kuala Lumpur. Promoter persembahan iaitu Encik Benny Bedi dari TRISH EVENT menjangkakan kehadiran lebih 1200 penonton di mana jualan tiket sehingga ini amat menggalakkan. Bercakap mengenai kapasiti dewan ini, beliau menjelaskan bahawa ia mampu memuatkan lebih 2000 orang pada satu –satu masa, namun beliau tidak mahu para peminat merasa sesak dan tak selesa dan menghadkan kapasiti  konsert dalam lingkungan 1200-1300 orang. Menurut beliau lagi, persembahan Adnan Sami akan mengambil masa dalam lingkungan 1 jam 30 minit tetapi beliau menjangkakan ianya mungkin berlarutan kerana penyanyi ini tidak dikenakan sekatan had lagu yang perlu dinyanyikan dan beliau diberi kebenaran untuk menyanyikan sebanyak lagu yang mungkin.

Song: Noor E Khuda
Movie: My Name Is Kha
Singer: Adnan Sami, Shankar Mahadevan & Shreya Ghoshal
Composer: Shankar Ehsaan Loy
Duration: 6:37


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *