(HIBURAN) Filem ” Lawak Ke der 2 “

Spread the love

IMG_6489

FILEM LAWAK KE DER 2

Malaysia mula diperkenalkan dengan persembahan komedi Lawak Ke Der pada bulan Februari tahun lalu. Kejayaan yang ditempa melalui persembahan itu kemudiannya disusuli dengan Lawak Ke Der 2. Seramai 30,000 rakyat Malaysia menutupi tirai tahun 2012 mereka dengan gelak tawa bersama Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya.

IMG_6444

Kepercayaan diberikan kepada Hans Isaac untuk mengarah kedua-dua persembahan Lawak Ke Der berikutan dengan kejayaan kesemua persembahan teater yang pernah diterbitkannya di Istana Budaya. Dia juga merupakan penerima Anugerah Pengarah Harapan Terbaik dan Anugerah Lakon Layar Terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-21.

Memandangkan Lawak Ke Der 2 hanya dipentaskan sebanyak 6 persembahan sahaja di Istana Budaya, banyak permintaan untuk sebuah re-stage yang diterima oleh peminat-peminat yang gagal untuk mendapatkan tiket akibat sold out. Dari situ, timbullah ide dari Tall Order Productions (TOP) untuk membawakan persembahan komedi pentas ini ke panggung wayang supaya dapat disaksikan oleh lebih ramai peminat.

TOP, sebuah syarikat Hans Isaac, dengan bangganya mempersembahkan buat julung-julung kali di dalam sejarah perfileman Malaysia, persembahan pentas Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya dalam bentuk filem berdefinisi tinggi dan boleh ditonton di 70 pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac 2013! Filem ini juga akan ditayangkan di Singapura dan Brunei.

Filem ini dibintangi oleh 6 pelawak terbaik tanah air.

Walaupun bertindak sebagai pengacara, Nabil iaitu Juara Raja Lawak Musim Ke-2, masih akan menghiburkan penonton dengan aksi stand-up comedynya. Setnya menjadi selingan bagi setiap persembahan pelawak yang lain. Walaupun muncul beberapa kali dalam filem ini, jenakanya tidak menjemukan.

Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik (BOBOI) sering muncul dengan sketsa-sketsa baru yang kreatif dan bermesej. Aksi-aksi naib juara Maharaja Lawak Mega 1 sering menghiburkan penonton, lebih-lebih lagi dengan kemunculan Datin Maimon dan Gegirl.

Selain dari ‘Halussss’, Harith Iskander juga dikenali sebagai Malaysia’s King of Comedy. Persembahan Harith ternyata berjaya mendekatkan penonton Malaysia dengan stand up comedy yang sebenar. Tayangan filem ini juga pasti akan meninggalkan kenangan manis buat Harith memandangkan tahun ini sudah genap 25 tahun dia berkecimpung di dalam bidang komedi Negara.

Chemistry di antara Johan dan Zizan (JOZAN) juga tidak dapat disangkal lagi kerana mereka sering menampilkan sketsa-sketsa yang akan kekal di hati penonton. Ayat “Last payyyperr” yang diperkenalkan oleh Juara Maharaja Lawak Mega 2012 ini di Lawak Ke Der yang pertama masih menjadi ikutan anak-anak muda.

Selepas 15 persembahan sold out musim pertama dan kedua, jenama Lawak Ke Der ini ternyata berjaya menambat hati Malaysia.

Tall Order Productions ingin berkongsi pengalaman komedi ini dengan semua peminat filem tanahair.

Jadilah sebahagian dari sejarah perfileman Malaysia.

Kepada 2.4 juta penonton Lawak Ke Der 1 di YouTube, jangan lupa untuk menonton Lawak Ke Der 2 di pawagam berhampiran dengan anda. Dah tiba masanya untuk menikmati komedi sebenar di skrin yang besar. Skrin komputer anda terlalu kecil dan tak baik untuk penglihatan.

wak ke dersmall


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *