KLANGIT MEMPERKENALKAN DEWI SEBAGAI ‘BUAH HATI’ PERTAMA
Klangit merupakan sebuah Pop rock band yang telah 5 tahun bertapak di dalam industri muzik tanah air. Namun baru kini nama mereka mula dikenali dan sering diperkatakan ramai. Semuanya kerana lagu berhantu mereka SESAL MENDUA.
Malah ramai yang menggangap mereka adalah band dari negara seberang. ‘Kami dari Malaysia dan warganegara Malaysia’, kata mereka ketika membuat persembahan pentas bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap mereka.
Klangit di anggotai oleh Ary selaku vokalis, Haris selaku pemain gitar utama dan Ewan sebagai pemain Bass. Mereka merupakan rakan sepermainan sejak kecil kerana mereka tinggal berdekatan antara satu sama lain. Minat mereka di dalam muzik telah pun di pupuk ketika di bangku sekolah lagi.
Keunikan Klangit memang tidak dinafikan lagi, Ary mempunyai suara seakan-akan penyanyi yang berasal dari Indonesia, Petikan gitar Haris yang sangat mengujakan dan Ewan lah yang menubuhkan Klangit.
Maksud Klangit diilhamkan sebagai menadah tangan ke langit (BERDOA). Klangit dicungkil bakat mereka oleh seorang produser yg bernama Mujahid. Namun tuah mereka masih belum kelihatan ketika itu. Atas kesungguhan dalam memperjuangkan nama dan muzik mereka, pada Ogos 2011, secara rasminya Klangit bernaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa Sony Music Malaysia. Sony Music mempercayai bakat terpendam mereka dan melalui kata sepakat bersama-sama antara artis dan syarikat rakaman telah memilih melahirkan single pertama Klangit yang berjudul SESAL MENDUA.
SESAL MENDUA dinukilan oleh Panji Sakti dan berkolobrasi bersama Zimi Sofaz. Bagi Klangit Sesal Mendua merupakan sebuah lagu yang terbaik yang pernah di nyanyikan mereka dari segi melodi dan liriknya. Malah jumlah muat turun lagu ini juga telah mencapai hampir 250 000 unit sejak ia mula diputarkan.
Klangit menganggap DEWI adalah ‘buah hati’ pertama mereka untuk dihadiahkan kepada para peminat. Malah di dalam album ini semua lagu-lagu terbaik sahaja yang di pilih khas untuk para peminat mereka. Hampir kesemua lagu-lagu di dalam DEWI bagaikan dekat dengan hati dan jiwa Klangit.
Sentuhan Panji Sakti ke atas 5 buah lagu ciptaan beliau sendiri amat cukup mengujakan.
Manakala lagu Dewi dicipta sendiri oleh Klangit. Dewi sebenarnya diciptakan hampir 2 tahun yang lalu dan merupakan lagu yang cukup menarik bagi Klangit.
Klangit memilih Zimi Sofazr sebagai komposer kerana percaya pada bakat dan anugerah seni yang ada pada Zimi. Bagi mereka Zimi mampu melakukan yang terbaik pada muzik mereka dan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam moden pop rock.
Track listing DEWI KLANGIT :
1) Sesal Mendua
Lagu : Panji Sakti (Sony Music Publishing)
Lirik : Panji Sakti (Sony Music Publishing)
Penerbit : Zimi
2) Dia Lydia
Lagu : Panji Sakti (Sony Music Publishing)
Lirik : Panji Sakti (Sony Music Publishing)
Penerbit : Zimi
3) Saat Cinta (duet with ZIZI)
Lagu : Panji Sakti (Sony Music Publishing)
Lirik : Panji Sakti (Sony Music Publishing)
Penerbit : Zimi
4) Dewi
Lagu : Klangit
Lirik : Klangit
Penerbit : Zimi
5) Honey Hani
Lagu : Panji Sakti (Sony Music Publishing)
Lirik : Panji Sakti (Sony Music Publishing)
Penerbit : Zimi
6) Ratu Bohong
Lagu : Panji Sakti (Sony Music Publishing)
Lirik : Panji Sakti (Sony Music Publishing)
Penerbit : Zimi
7) Sesal Mendua (Minus One)
Lagu : Panji Sakti (Sony Music Publishing)
Lirik : Panji Sakti (Sony Music Publishing)
Penerbit : Zimi
8) Dia Lydia (Minus One)
Lagu : Panji Sakti (Sony Music Publishing)
Lirik : Panji Sakti (Sony Music Publishing)
Penerbit : Zimi