(HIBURAN) SINGLE TERBARU ‘MAMI’ DENGAN ALAMO RECORDS DI AMERIKA SYARIKAT TERSENARAI DALAM ‘NME 100’

Spread the love

26 MAC, 2021 — MALAYSIA — Perjuangan Yung Raja ke A.S. bermula dengan pelancaran “Mami”, di samping Alamo Records, tempat naungan beberapa bintang hip-hop terlaris seperti Lil Durk dan Smokepurpp. Artis yang digelar sebagai artis hip-hop avant-garde Asia Tenggara itu terkenal dengan asimilasi lirik bahasa Inggeris dan Tamil yang padu, berjaya memasuki pasaran global dengan single ‘psychedelic’, single dengan genre trap-heavy yang dihasilkan secara usaha sama dengan Flightsch. Yung Raja menyuntik permainan katanya yang pelbagai bahasa, menimbulkan sensasi yang menagihkan penuh dengan unsur budaya.

Yung Raja dalam perjalanan untuk merapatkan jurang di Asia Tenggara dalam arena muzik arus perdana. Baru bulan lepas dia dimasukkan dalam senarai ‘NME’s 100’, muncul sebagai orang Singapura pertama yang berjaya memasuki senarai “artis to watch” dalam platform ini. Dengan “Mami”, Raja layak untuk terus berada dalam senarai tersebut apabila menampilkan apa yang ingin dibawa ke pentas global – suara yang asing tetapi biasa didengar bagi pencinta muzik di mana-mana.

Beberapa single Yung Raja yang lalu telah mengetengahkan warisan, identiti dan cara hidup rapper berbangsa India itu di Singapura. Dengan penampilan sulung di Alamo Records, “Mami” meletakkan kemampuan unik Yung Raja untuk merapatkan dan menggabungkan semua budaya dalam fokus. Penggunaan “Mami” adalah sebahagian daripada tradisi lama dalam bahasa dan dalam lagu-lagu hip-hop bertema pesta. Pada tahun 2021, Yung Raja menggabungkan makna multi-dimensi dan manifestasi yang memperlihatkan dengan jelas definisi baru untuk istilah itu, meraikan kecantikan dan keindahan wanita dalam semua sulaman emas yang mengagumkan. “Mami” adalah satu lagi ‘banger’ yang dicipta bersesuaian untuk arena kelab malam. Penggunaan intuitif rentak ‘Trap’ dari Flightch yang kedengaran santai dan seperti bermain-main dizahirkan dengan mudah oleh Yung Raja dalam bahasa Inggeris dan Tamil.

Lagu ini sarat dengan permainan kata Yung Raja yang pantas dan jujur di samping membangkitkan perasaan romantis lantas membuktikan bahawa humor, keyakinan, dan kreativiti menjadi label rapper berusia 26 tahun itu. “Saya melakukannya dengan cara saya kerana gaya saya baru / saya tangkas dalam semua jenis pergerakan / Naluri saya berkata yang dia merasakan itu comel / Anda tahu bahawa saya adalah seperti percikan api yang dihasilkan apabila kapal terbang ke udara” Rapper ini bermula dengan mendefinisikan dirinya sebagai kehadiran seseorang berbangsa India yang berlainan di medan pertembungan budaya hip-hop Singapura. Sekarang, dengan kekuatan bintangnya yang semakin menyinar, dia menggunakannya untuk menonjolkan budayanya dengan tepat- tetapi tidak tanpa keseronokan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *