Tag: T.R.I.A.D.

(HIBURAN) SINGLE TERBARU T.R.I.A.D. – NENG NENG NONG (KU INGIN LAMA PACARAN DI SINI).

TRIAD

“Neng neng nong neng neng neng nong neng neng nong neng”. Anda pernah dengar tak lagu ini di corong-corong radio? Kepada sesiapa yang tidak tahu tentang sejarah lagu ini mungkin akan merasa pelik dengan lirik lagunya. Bak kata pepatah ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Begitu juga lah terjadinya kepada M. Ridho yang berasal dari Babakanciparay, Bandung ini. Beliau merupakan seorang jejaka biasa yang hanya bekerja sebagai penjual roti yang datang untuk uji bakat Indonesian Idol 2012. M Ridho yang berumur 21 tahun itu telah membawakan lagunya sendiri iaitu NENG NENG NONG (KU INGIN LAMA PACARAN DI SINI). Walaupun tidak mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi seorang penyanyi, namun bakat penulisannya telah di nilai oleh Ahmad Dhani yang merupakan salah seorang juri pada ketika itu.  Read more →