(HIBURAN) SU WIN SI buah tangan terbaru daripada SOO WINCCI

Spread the love

Soo Wincci (15)

Penyandang JUARA MISS WORLD MALAYSIA 2008/2009 yang juga pemilik nama Soo Wincci semakin ligat mengorak langkah permainan dalam arena muzik di tanah air.  Siapa sangka gadis yang memiliki seraut wajah bujur sireh ini kini mampu menarik perhatian ramai peminat berbangsa Melayu.  Setelah memenangi gelaran MISS WORLD MALAYSIA 2008/2009, Wincci mula menjinakkan diri dalam bidang muzik dan industri seni tempatan.  Wincci mendapat pendidikan:

  • Ijazah dalam jurusan Perundangan (University of Reading, UK)
  • MBA dan jurusan Pentadbiran (University of Sunshine Coast, Australia)
  • Diploma dalam jurusan “Masterclass Acting & Hosting”, London Film Media Academy
  • PhD dalam jurusan Pentadbiran dan pemegang biasiswa menerusi Open University (sesi tamat 2014)

Wincci bertuah kerana dia memilik pakej yang lengkap.  Berbekalkan paras rupa dan juga ilmu, Wincci tidak pernah berpaling dan nekad untuk mencari nama dan rezeki di bidang ini.

Tawaran lakonan, model, jurucakap produk dan merakamkan album Mandarin untuk pasaran Malaysia dan juga Taiwan tidak pernah putus diterima olehnya.  Setelah empat tahun bertungkus lumus, Wincci mampu tersenyum lebar kerana hasil usahanya selama ini untuk mengenengahkan namanya telah memberikan hasil yang lumayan.  Wincci juga amat berterima kasih kepada pihak pengurusannya, Beyond Artistes Sdn Bhd terutama arwah Amin Hussen selaku Pengurus yang sentiasa menyokongnya dari saat beliau bergelar Juara.  Majlis dan album ini juga Wincci dedikasikan khas untuk arwah yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepadanya.  Semoga arwah tenang di sana.  Al-fatihah.

Tahun ini, Wincci melebarkan lagi sayapnya dalam menakluki pasaran lagu-lagu Melayu.  Ini juga merupakan salah satu cita-cita anak muda yang baru mencecah umur 28 tahun ini.  Album mini bahasa Melayu sepenuhnya ini memuatkan empat buah lagu yang dicipta oleh Ajai dan juga Wincci sendiri.  Wincci juga berasa amat bertuah, apabila lamarannya untuk berkolaborasi bersama penyanyi Rap terkenal Joe Flizzow, telah diterima dengan tangan yang terbuka.  Malah Joe sendiri telah menyumbangkan lirik untuk single pertama yang bakal diputarkan di corong-corong radio yang berjudul ‘Terus Teranglah’.  Tajuk album ini ‘Su Win Si by Soo Wincci’ dipilih bagi memudahkan semua peminat mudah untuk menyebut nama Wincci oleh itu Wincci mengambil pendekatan untuk mengeja nama Soo Wincci dalam perkataan Melayu bagi memudahkan sebutan terutama bagi peminat berbangsa Melayu.

Wincci juga berjinak-jinak mencipta lagu dan bakat ini disambut baik oleh penerbit album, saudara Ajai.  Lagu yang berjudul ‘Musim Asmara’ kolaborasi  Ajai / Wincci dan lirik oleh Slen turut dimuatkan di dalam album ini.

Bagi memastikan penampilan Wincci memenuhi cita rasa pendengar muzik Melayu, penggambaran kulit album telah dilaksanakan oleh jurufoto yang tidak asing lagi, Bustamam.   Imej dan gaya pula telah disempurnakan oleh Yana Hussain manakala Tiar Zainal dan Gby melengkapkan lagi solekan dan dandanan rambut.  Album ‘Su Win Si by Soo Wincci” mungkin menjadi salah satu kesinambungan bagi Wincci mengorak langkah yang lebih panjang lagi.

Di kesempatan ini juga Wincci ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada XES yang juga menjadi tulang belakang penyokong padu bagi album ini.  Tidak lupa juga kepada semua rakan media cetak dan elektronik dan juga peminat Wincci yang tidak putus menyokong karier Wincci.  Pada hari ini Album Su Win Si by Soo Wincci kini  menemui anda di pasaran yang diedarkan oleh Warner Music Malaysia.  Para peminat boleh memuat turun lagu-lagu terbaru Wincci di laman-laman telco.  Peminat yang ingin mengikuti perkembangan Wincci:  (www.facebook.com/WincciFanPage / Instagram & Twitter: @soowincci)

Tajuk-tajuk lagu album mini Su Win Si by Soo Wincci:

  1. Terus Teranglah –menampilkan Joe Flizzow (lagu :  Ajai / lirik :  Ajai & Joe Flizzow)
  2. Musim Asmara – (lagu :  Ajai & Soo Wincci / lirik :  Slen)
  3. Jangan Risau – (lagu & lirik :  Ajai)
  4. Nombor 1  – (lagu & lirik :  Ajai)
  5. Terus Teranglah (minus one)

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *