(HIBURAN) Syamsul Yusof kembali ke layar perak dengan filem terbaru “MUNAFIK” .

Spread the love

Munafik poster

Syamsul Yusof kembali dengan menghasilkan filem terbaru , setelah hampir 4 tahun Syamsul Yusof berehat dari bidang perfileman selepas filem KL Gangster 2, kini beliau telah kembali dengan filem terbaru iaitu “MUNAFIK” .

Munafik 5

Selepas filem “Khurafat” yang mendapat sambutan dari penonton sebelum ini , Syamsul Yusof kembali menghasilkan filem yang bergenre keagamaan “MUNAFIK”.

THN_4891

“MUNAFIK” cerita yang mengisahkan kegaamaan dan islamiah akan memulakan penggambaran pada 12 March 2015 . Syamsul Yusof mengarah dan turut berlakon dalam filem “MUNAFIK”. Beliau memegang watak Adam sebagai seorang ustaz yang boleh mengubati penyakit gangguan syaitan atau sihir.

Munafik 4

“MUNAFIK” berkisar tentang Adam, seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima takdir apabila isterinya meninggal dunia.

Munafik 3

Kemudian dia mengalami pelbagai pengalaman aneh setelah dipujuk mengubati seorang wanita bernama Maria yang mengalami gangguan.

Munafik 2

Nama yang tidak asing dari dunia filem Nabila Huda muncul buat kali ke 3 . Lakonan beliau yang cukup berkesan mampu melakonkan watak Maria yang mengalami masalah tekanan perasaan atau mental dan sering tertekan akibat di ganggu dan di rasuk jin .

Munafik 6

Ramai lagi pelakon-pelakon hebat dalam filem “MUNAFIK” seperti  Fizz Fairuz & Pekin Ibrahim, mereka berdua pernah bekerjasama dengan Skop Productions sebelum ini . “MUNAFIK” adalah filem ke2 mereka dengan Skop Productions. Datuk Rahim Razali pertama kali berlakon filem bersama Skop Productions.

THN_5481

“MUNAFIK” merupakan hasil karya ke 9 Syamsul Yusof sebagai peneraju utama , pelakon dan penulis skrip

NOTA PRODUKSI  FILEM  MUNAFIK :-

  • Skrip/ karya – Syamsul Yusof
  • Pengarah / Lakun Layar –  Syamsul  Yusof

Pelakon Utama

 

  • Syamsul Yusof , Nabila Huda , Sabrina Ali , Fizz Fairuz , Pekin Ibrahim , Datuk Rahim Razali & A. Galak

Mula Penggambaran

  • 12 March 2015

Lokasi Penggambaran

  • Sekitar Kuala Lumpur & Janda Baik

Filem

  • Ke 9 arahan Syamsul Yusof
  • Ke 36 Terbitan Skop Productions Sdn Bhd

Kos Penerbitan

  • RM 1.6 juta

 

Penerbit

  • Datuk Yusof Haslam J.N

THN_5686 THN_5691 THN_5791


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *