(HIBURAN) HARAPAN KRU HINGGA KE JANNAH

Spread the love

KRU- Hingga Ke Jannah

Kajang, 12hb Januari 2016 – Setelah 24 tahun berkarya dalam persada seni tanah air negara, lagu trio lagenda KRU bertemakan cinta kini jauh lebih matang. Dari ‘Oh La La’ dan ‘Apa Saja’, kini tiba single terbaru ‘Hingga ke Jannah’ yang secara rasminya telah dilancarkan semalam.

‘Hingga ke Jannah’ merupakan sebuah lagu cinta agung yang ditulis dengan unsur kerohanian yang begitu mendalam. Jauh sekali daripada bertukar menjadi sebuah kumpulan nasyid, karya terbaru ini masih mengekalkan pop sebagai genre utama.

Karya terbaru trio ini merupakan hasil ciptaan dan tulisan sepenuhnya oleh komposer nombor satu negara, Edry Abdul Halim sendiri. Klip video bagi lagu ini juga sedang dalam perancangan dan bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Dengan pelancaran single ini, KRU telah mengambil keputusan untuk kembali beraksi semula di pentas setelah hampir sedekad tidak menemui peminat mereka dan pastinya para peminat merindukan aksi kumpulan ini.

Selain itu, dengan repertoire lebih dua dekad, para peminat pastinya akan lebih teruja dan tidak sabar menantikan comeback KRU melalui ‘Hingga ke Jannah’. Tambah menarik, lagu ini mungkin menjadi single pertama dalam pembikinan album KRU nanti.

Bakal kembali bergiat secara aktif, KRU mula kembali ke studio menjalani latihan vokal di samping meningkatkan kembali stamina bagi acara-acara persembahan pentas dan korporat kelak termasuk siri konsert jelajah yang diakhiri dengan Konsert Sambutan 25 tahun KRU.

Para peminat dan penyokong industri muzik tempatan boleh mendapatkan lagu ‘Hingga ke Jannah’ di iTunes bermula bermula semalam. Pelbagai hebahan lain mengenai lagu baru mereka ini boleh didapati melalui laman-laman media sosial KRU Music. Tonton video lirik ‘Hingga ke Jannah’ di pautan YouTube KRU Music sekarang!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *