(HIBURAN) “Terindah … Anuar Zain ” ditunda demi MH370

Spread the love

gmo

Pada sidang media hari ini, Anuar Zain Network mengumumkan tarikh baru bagi “Terindah … Anuar Zain ” yang akan diadakan pada 29 April, 2014, di Ballroom One World Hotel. Keputusan ini diambil bagi menghormati situasi yang sedang dialami kini.IMG_1860-horzgmo

Penghibur yang amat disayangi ini dijadual akan membuat persembahan selama 90 minit untuk “Terindah …Anuar Zain “. “Berbeza dari persembahan minggu setiusaha saya sebelum ini, saya akan menyanyikan 12 buah lagu, termasuk sebuah lagu baru, dari album yang akan datang.”

Anuar Zain turut mengumumkan Hadiah Utama bagi Cabutan bertuah pada hari itu – ” Terindah Bersama Anuar Zain di Paris”, tajaan FBA Media Sdn Bhd. Seorang penonton bertuah akan memenangi percutian ke Paris untuk dua orang, termasuk “Bateux Parisiens dinner cruise” bersama Anuar Zain .

Antara hadiah lain yang menarik ialah, dua pemenang bertuah di mana pemenang ini akan distailkan oleh Anuar Zain sendiri menggunakan barangan tajaan ZALORA. Luca Barberis, pengarah pemasaran ZALORA Malaysia menambah, “Kami berbesar hati dapat berkerjasama dengan Anuar dalam persembahan Minggu Setiausaha beliau, Terindah. Kami percaya ini akan menjadi kolaborasi yang bermakna kerana muzik dan fesyen saling memberi inspirasi antara satu sama lain.”

Tidak ketinggalan juga bagi mereka yang telah mendapatkan tiket, Anuar Zain juga mengumumkan aktiviti media sosial khas di mana dua wanita bertuah berpeluang untuk memenangi pakaian yang direka oleh Syomir Izwa bagi menghadiri majlis Terindah, pada 29 April, 2014, dengan menggunakan hashtag #TerindahAnuarZain dan #TerindahSyomirIzwa

Hadiah-hadiah menarik yang lain termasuklah cabutan bertuah bagi produk dari Patchi , L’ Occitane , Dolce Gusto , Nescafe , pelbagai peralatan elektronik, dan lain-lain lagi.

Penyanyi yang tidak asing lagi ini juga memberitahu yang dia amat berbesar hati kerana Suria FM sudi menjadi rakan media untuk Terindah, jadi pendengar boleh mendapatkan maklumat terkini tentang perkembangan terkini untuk persembahan ini terus dari Suria FM.”

Anuar juga berkata bahawa semua tetamu akan dapat menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak penaja di ruang legar hotel itu nanti. “Saya amat berharap agar anda semua dapat bersama-sama saya pada hari itu … dan menjadikan ianya suatu petang yang Terindah ” kata Anuar.

Tiket untuk ” Terindah … Anuar Zain ” boleh didapati melalui TicketCharge , www.ticketcharge.com.my dan agen tiket rasmi TicketCharge. Jualan meja VIP dan korporat boleh didapati terus dari Anuar Zain Network. Untuk sebarang pertanyaan , sila hubungi 019 3177496 ( Liz ). Ikuti perkembangan terbaru Anuar Zain di Facebook rasmi beliau (www.facebook.com / anuarzainnetwork ) atau blogger rasmi, Budiey.com untuk maklumat terkini.

“Terindah… Anuar Zain” Factsheet
Date: 29 April 2014, Tuesday
Time: Door Opens 12.00 pm
Venue: Ballroom, One World Hotel
Ticketing Agent: TicketCharge www.ticketcharge.com.my (+603 9222 8811)
VIP Tables: Kindly contact Anuar Zain Network (+6019 3177 496)
Information Update: www.facebook.com/anuarzainnetwork or www.budiey.com

Media Partner
Suria FM
Official Blogger
Budiey.com
Special Thanks to our co-sponsors
FBA Media Sdn Bhd
ZALORA*
Syomir Izwa
Patchi
L’OCCITANE
Dolce Gusto
Nescafe
May
Antabax
Pods & Petals Giftlab
Nara MediSpa
One World Hotel
Maxis
The Sartorial for Anuar Zain’s wardrobe


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *