(HIBURAN) Tur SAMA SAMA – Nikmati Pengalaman Tonton Kolaborasi ‘Langka’ 5 Pemuzik Hebat di Idea Live Arena, KL 5 Disember Ini

Spread the love

Saat menutup Tur SAMA SAMA di Bogor pada 24 Mei lalu, salah seorang pemuzik yang membuat pertunjukan muzik ini berlangsung hangat dan menerima sambutan luar biasa telah berjanji. “Khabar baiknya adalah kami akan melanjutkan perjalanan. Kita bakal pergi ke Malaysia,” ujar Tulus tentang Tur SAMA SAMA yang telah berlangsung di empat kota di Indonesia. Malaysia, khususnya di Idea Live Arena akan menjadi destinasi perdana di Kuala Lumpur dan kelima dalam siri Tur SAMA SAMA yang ‘dihidupkan’ lima pemuzik hebat iaitu Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi, Idgitaf.

 

 

Lima figura berpengaruh industri muzik Nusantara ini akan bertemu peminat di Malaysia lewat Tur SAMA SAMA pada 5 Disember bermula pukul 7.30 malam.

Selaku penganjur bersama, PT Expo Indonesia Jaya (ExpoIndo), Tiga Dua Satu dan Thrive berbesar hati kerana dapat merealisasikan janji lima sekawan Tur SAMA SAMA untuk bertandang ke Malaysia.

“Tentu sahaja pengumuman Tur SAMA SAMA yang bakal diselenggarakan di Idea Live Arena menjadi sebuah mimpi besar yang hampir direalisasikan kami selaku penganjur setelah mendapat sambutan hangat di Indonesia,” ujar Udzir Harris dari Thrive.

“Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi, Idgitaf akan bertandang ke sini membawa tema kolaborasi tak biasa di Tur SAMA SAMA juga adalah janji kerana sedar apresiasi peminat terhadap mereka cukup besar,” ulas Bram Tulong dari Expoindo.

“Sampai jumpa di Tur SAMA SAMA di Idea Live Arena pada 5 Disember 2025. Jangan sampai tidak membeli tiketnya kerana anda akan rugi terlepas momen sebuah tur kolaborasi paling epik di tahun ini,” ujar Tiur Tobing dari Tiga Dua Satu.

Dengan itu, tiket pra-penjualan (presale) Tur SAMA SAMA telah rasmi dijual  pada 29 September 2025.

Dimulai dengan harga RM228, terdapat 11 kategori tiket iaitu Bronze, Crystal, Silver, Diamond, Gold, Platinum, Ruby, Sapphire, Emerald, Emerald Extra dan Group Suite boleh dimiliki menerusi pembelian daripada BBO Events dan samasamatur.com.

“Kami sedang merealisasikan janji yang diucap. Sampai jumpa di Tur SAMA SAMA di Idea Live Arena pada 5 Disember ini.

“Kami sangat tidak sabar untuk berkongsi persembahan dalam format kolaborasi yang tidak pernah kami lakukan di pentas selain Tur SAMA SAMA.

“Selamat menikmati  format dinamik dari solo, duet, trio, hingga kuintet kami,” ujar Sal Priadi pula.

Tentu sahaja, Tur SAMA SAMA akan menjadi saksi para pemuzik yang terlibat tidak hanya membawakan lagu masing-masing, namun juga saling bertukar lagu dan mengeksplorasi berbagai susunan baharu yang dihasilkan khusus untuk tur ini.

Sebelumnya, Tur SAMA SAMA telah mendapat sambutan di luar jangka yang begitu hangat saat menjalankan persembahan mereka di Bandung, Surabaya, Yogyakarta dan Bogor.

Untuk mendapatkan informasi rasmi dan terkini mengenai Tur SAMA SAMA, jangan lupa ikuti semuanya di platform media sosial @thriveevents_my .

Dan sekali lagi diingatkan. Jangan sampai tidak menyertai Tur SAMA SAMA di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2025 ini.

Juga, sekali lagi sila semak harga tiket bermula RM 228 sudah mula dijual di aplikasi BBO EVENTS dan samasamatur.com.

INFORMASI PERTUNJUKAN MUZIK

Acara: Tur SAMA SAMA

Artis: Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi, Idgitaf.

Lokasi: Idea Live Arena, Kuala Lumpur

Tarikh: 5 Disember 2025

Masa: 7.30 malam

Penganjur bersama: Expoindo, Thrive, Tiga Dua Satu

Tiket: BBO Events, samasamatur.com

Rakan strategik:

Bank rasmi: myBCA

Radio rasmi: ERA, Sinar, THR Gegar

Digital rasmi: Astro Gempak

Disokong: Tourism Malaysia, Cuti-Cuti Malaysia


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *