Tag: Tulus

(HIBURAN) TULUS…. ‘MANUSIA’ YANG DINANTI DI KUALA LUMPUR

9 November 2022, Kuala Lumpur Seperti 1000 tahun lamanya tidak bertemu mata dan mendengar  suara pemenang anugerah AMI Awards 2022 ini. Terakhir dia memberi persembahan yang cukup  bertenaga dan meninggalkan kesan di hati peminat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala  Lumpur.  Read more →

(HIBURAN) “TULUS” …menyatukan Aril dan Terry

IMG_9956

Perjalanan karier seni bekas Naib Juara Akademi Fantasia 7, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus , 28 tahun dalam industri hiburan tempatan masih rancak. Walaupun sibuk dengan tugas baru sebagai penyampai di stesen radio ERA FM sejak Ogos lalu, Aril baru sahaja tampil dengan sebuah lagu duet terbaru berjudul ‘Tulus’ , hasil kolaborasi dengan penyanyi  yang berasal dari Indonesia, Terry. Penyanyi yang di bawah label Sony Music Indonesia itu sebelum ini pernah merakamkan kembali lagu Aishah yang berjudul ‘Janji Manismu’ dan popular dengan lagu hitsnya ‘Butiran Debu’. Read more →

(HIBURAN) Majlis Pra-Dengar Album Shila Amzah

IMG_6517

Shila Amzah, penyanyi yang telah membanggakan rakyat Malaysia setelah memenangi pertandingan nyanyian Asian Wave di Shanghai telah mengadakan majlis  pra-dengar album terbaru beliau pada sidang media yang bertempat di Red Box, Pavilion , Kuala Lumpur. Album yang menggunakan judul “ SHILA AMZAH” ini bakal memuatkan 5 buah lagu baru dan 2 buah bonus track. Album ini boleh dianggap sebagai ‘bayi’ sulung buat penyanyi ini kerana beliau terlibat secara langsung sebagai penerbit eksekutif dan secara langsung terlibat secara sepenuhnya di dalam pembikinan dari mula hingga ke proses terakhir. Shila Amzah dibantu oleh Aubrey Suwito dan Helen Yap sebagai penerbit bersama di mana beliau merasa sungguh teruja berkerjasama kembali dengan Helen Yap kerana beliau merupakan orang  yang pertama yang berkerjasama dengan Shila Amzah pd umur 8 tahun. Album ini memuatkan lagu Masih Aku Cinta sebagai single pertama manakala lagu-lagu baru lain antaranya ialah Sedar, Cinta Hati, Tulus, Maaf manakala 2 bonus track adalah Patah Seribu dan Xia Yi Bu (Patah Seribu versi Mandarin). Read more →