(HIBURAN) Wings Rockestra Mendarat Di Istana Budaya

IMG_6354

Wings Mendarat Lagi Di Istana Budaya
Konsert Wings Rockestra di Istana Budaya

Nama Konsert: Wings Rockestra 2013
Tarikh: 26, 27, 28 dan 30 April 2013
Durasi: 2 jam 30 minit
Lokasi: Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Artis Utama: Wings
Orkestra Iringan: Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Encik Mustafa Fuzer
Anjuran: Anggerik Event Sdn Bhd
Info Tiket: www.ticket2U.com

IMG_6346

SAYAP jentera grup dengan nama Wings ini berkibar lagi. Setelah lebih dua dekad menyalurkan kibar lagu, berdendang siulan dan berkelana ke genap sanubari pendengar dalam atmosfera muzik tempatan, grup yang dianggotai oleh Awie, Joe, Eddie dan Black ini bakal sekali lagi menjelajah pentas Istana Budaya yang cukup berprestij.

Penakluk angkasa raya rock n roll ini pernah memberikan persembahan yang cukup mantap dan mendapat respons cukup positif daripada peminat mereka. Dengan telah memberikan satu tanda aras buat grup rock di Istana Budaya pada April 2011, Wings sekali lagi diberikan penghormatan oleh ketua Pengarah Istana Budaya, Dato’ Mohamed Juhari Shaarani untuk kembali beraksi dan menjadi salah satu tentatif penting dalam jadual persembahan Istana Budaya 2013.

Empat kepala dan jiwa menjadi satu, persembahan perdana mereka di Istana Budaya telah diiktiraf sebagai persembahan artis berkumpulan yang mendapat kutipan tertinggi di pentas berprestij tersebut. Untuk sebuah persembahan segar dan atas peluang kali kedua, Wings kembali tanpa Superfriends kali ini. Tiada juga bekas anggota Wings sepertimana dalam konsert Opera Hidup yang lalu. Semuanya atas nama penyegaran konsert kali kedua.

Seperti membukukan sejarah, Wings kali ini muncul dengan konsep dan persembahan yang wajar dijadikan sebuah momen lagi buat para peminat tegar mereka. Bersilih ganti lagu dengan senarai yang lebih segar daripada 17 buah album studio, Wings juga bakal menjamah telinga khalayak dengan lagu-lagu baru mereka yang bertajuk MENAKLUK KOSMOS.

Bukan hanya enak di telinga, konsep yang segar dan meyakinkan visual akan mengiringi senarai repertoire Wings yang luas. Kumpulan ini akan beraksi, menjelajah jiwa dan rasa khalayak selama 2 jam 30 minit dengan sorotan lagu yang berisi momen-momen tersendiri buat khayalak yang sudah sekian lama mengikuti perjalanan seni mereka.

Grup rock pertama yang masuk ke dalam istana ini sekali lagi akan memalu gendang irama rock selama 4 hari iaitu pada tanggal 26, 27, 28 dan 30 April kelak. Bermula pukul 8.45 malam, Panggung Sari juga turut dimantapkan dengan persembahan 43 pemuzik Orkestra Simfoni Kebangssan.

Membentuk kembali sebuah atmosfera rockestra, Wings sekali lagi bergandingan mantap dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer, dimantapkan lagi dengan Pengarah Muzik (Musical Director) galasan Joe Wings dan penggubah muzik orkestra (orchestra music arranger) Miss Lee Tse Wan.

Saksikan visual hikayat penuh ranjau Wings daripada Belenggu Irama hinggalah Menakluk Kosmos di pentas berprestij buat kali keduanya.

IMG_6338

PROFIL WINGS
Wings merupakan salah satu grup rock paling lama bertahan sejak ditubuhkan pada tahun 1985. Tersenarai diskografi yang cukup unggul, hingga kini Wings mempunyai 17 buah album studio, 10 buah album kompilasi dan 4 buah album rakaman live.

Album pertama Wings diterbitkan pada tahun 1987 dengan tajuk Belenggu Irama yang terangkum lagu-lagu seperti Intanku Kesepian, Peronda Jaket Biru, Biarkan Berlalu dan Inspirasi Taming Sari. Ini diikuti dengan album Hukum Karma yang memberikan lagu-lagu hits seperti Misteri Mimpi Syakila, Hukum Karma, Taman Rashidah Utama dan Orang Kita.

Dalam histori perjalanan Wings, album studio Wings dengan tajuk Bazooka Penaka pernah menerima pencalonan paling banyak dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 93. Album ini memenangi anugerah Rakaman Album Terbaik pada tahun tersebut. Antara lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut ialah Di Ambang Wati, Bernafas Dalam Lumpur dan Suara Kita.

Album Naga Kramat diterbitkan pada tahun 2002 dan buah tangan akhir tersebut telah membuahkan kerinduan buat para peminat Wings. Kumpulan ini dengan secara rasminya telah menjadi artis naungan KRU Music Group pada tahun lalu dan akan keluar dengan sebuah album studio baru yang diberi judul Menakluk Kosmos.

Tiket Konsert Wings Rockestra boleh dibeli secara online melalui http://www.ticket2u.biz pada harga : RM499 (Golden Seat), RM399 (Front Stall), RM299 ; Middle Stall), RM249 ; Grand Circle Centre), RM199 (Grand Centre L&R), RM149 (Grand To End), RM99 (Upper Circle/Center), RM69 (Upper Cirlce)

IMG_6303

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>