(SEMASA) Perayaan Kustom Kulture di Malaysia bertambah besar –  Art of Speed Malaysia 2019 Menutup Tirainya

KUALA LUMPUR, 29 JULAI 2019 – Art of Speed (AOS 2019), acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya yang kelapan tahun ini, untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai serta restorasi, galeri seni, aktiviti interaktif dan hadiah cabutan bertuah yang sangat menarik!

Acara ini telah berlangsung pada 27 dan 28 Julai 2019 di Malaysia Agro Exposition Park, (MAEPS) Serdang. Acara ini merekodkan 55,000 pengunjung sepanjang dua hari berlangsung.

Saban tahun, penganjur AOS 2019 masih mengekalkan tradisi membawa masuk kenderaan vintaj dan ubahsuai yang mengkagumkan dari luar negara. Kenderaan khas yang dipamerkan kepada pengunjung adalah:

  1. HEIWA MOTORCYCLE (JEPUN) dengan BMW R9T Custom, yang dikomisenkan oleh BMW Motorrad.
  2. MOON OF JAPAN 1961 Ford Falcon Sedan Delivery “PANTASTIC”.
  3. HOT DOCK CUSTOM CYCLES (JEPUN) dengan 1948 FL Harley-Davidson Custom “StG Nautilus”. Motosikal ini telah dianugerahkan “Grand Champion” di acara S&S 50th Anniversary “World’s Largest Build-Off” pada 2008.

Pengisian kemuncak Art of Speed adalah kehadiran komuniti kustom antarabangsa dan media yang semakin bertambah dan para pengunjung dapat beramah mesra dengan mereka:

  1. Shige Suganuma, Hiro “Wildman” Ishii & Masakazu “PAN” Sumi daripada MOONEYES
  2. Oliver Jones Grayson dikenali sebagai The Cutrate; Amerika Syarikat (Pemenang Born Free 2019)
  3. Shaik Ridzwan dikenali sebagai The Mighty Motor; Amerika Syarikat
  4. Geoffrey Douglas Baldwin daripada Return of the Café Racers; Australia
  5. Chris Cooper daripada Fuel Tank; Australia
  6. Matthew Everingham daripada Speedhunters.com; Australia
  7. Marlon Slack daripada Pipeburn; Australia
  8. Makoto Watanabe daripada Chopper Journal Magazine; Jepun
  9. Makoto Ukai daripada Model Cars & Let’s Play VW Magazine; Jepun
  10. Daisuke Katsumura & Satoshi Furuuchi daripada Kousoku Yuen Magazine & Street VW Magazine; Jepun
  11. Kanda Manabu daripada Kalifornia Look Magazine, Jepun
  12. Yasuo Sekijima daripada Vibes Magazine; Jepun
  13. Kengo Kimura daripada Heiwa Motorcycles; Jepun
  14. Keiji Kawakita daripada Hot Dock Custom Cycles; Jepun
  15. The Nash daripada Burnout Magazine; Jepun
  16. Daisuke Sakon daripada Kustomstyle; Jepun
  17. Kenichiro Kaneko daripada Truck Masters Show; Jepun
  18. Kenji Hasegawa daripada Orion Ace; Jepun
  19. G Tiki Art & Pinstriping; Jepun
  20. Makoto M&K Custom Signs; Jepun
  21. Ken Takano daripada Ken’s Art Kustom Garage; Jepun
  22. Jeffrey Chang daripada MOONEYES Taiwan
  23. Lou Nozaki daripada Beetle Helmet; Jepun

Art of Speed Invitational Car Build Off 2019 tahun ini dikuasakan oleh PETRONAS, menyaksikan 7 pembina khas bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam). Keputusan dari pihak juri memihak kepada The Classic Garage dari Johor Bahru dan pilihan awam ialah Carazee Artwork dari Klang.

Hot Wheels juga berada di AOS 2019 dengan Steve Vandervate, Pengurus Reka Bentuk Global Hot Wheels (Segmen Premium dan Pengumpul). Beliau hadir ke acara daripada Amerika Syarikat untuk bertemu dengan semua peminat jenama kereta miniatur ini. Beliau melancarkan siri “Japan Historics 3”, yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 di bawah tema “Legendary Japanese Cars”. Nissan Skyline R31 bersaiz sebenar dan Honda City Turbo II dipamerkan bersama dengan prototaip “diecast” untuk tatapan semua pengunjung semasa acara ini berlangsung.

Diantara sorotan khas di AOS 2019 adalah koloborasi Hot Wheels & Krome Bandits edisi khas terhad daripada PETRONAS. Hausboom, dengan kerjasama Hot Wheels, mempamerkan kereta rasmi berskala 1:1 New Beetle Gen 1 sebagai hadiah yang diberikan kepada pembeli Hausboom yang bertuah di acara AOS 2019. Kolaborasi rasmi ini adalah yang pertama seumpanya di Asia. Hadiah kereta itu dimenangi oleh pemenang bertuah; Eric Lim dari Kuala Lumpur.

Antara aktiviti menarik di acara adalah pameran VANS yang bertemakan “Black Rainbows” yang memberi penghormatan kepada kasut “Era” dan juga klinik papan selaju, Hail Vintage dan NoEqual NEAT Fest di dalam Dewan C, segmen forum yang menjadi pengisian menarik di AOS 2019 iaitu Kustom & Koffee Talk yang telah dihoskan oleh Keshy Dhillon dari Bikesrepublic.com yang menengahkan panel dari luar negara iaitu Oliver Jones dari The Cutrate, Shaik Ridhwan dari The Mighty Motor USA dan Kengo Kimura dari HEIWA Motorcycles Japan.

Harley-Davidson FXDR 114 juga telah dilancarkan di AOS 2019. Model baru motosikal yang baru ini didatangkan dengan kelebihan teknikal yang dipadankan dengan pengukuhan aspek prestasi.

Lain-lain aktiviti di AOS 2019 termasuk:

  • Roda Rumble 2019 – Perhimpunan Dua Roda & Festival disokong oleh Retro Mania
  • Tapak Makanan yang menampilkan Lori Makanan, Bazar Jualan dan Pasar Lambak Vintaj
  • Perlumbaan Strider untuk kanak-kanak yang akan dianjurkan oleh Strider Kids Malaysia
  • Meraikan acara perhimpunan “MINI 60th Anniversary Malaysia”
  • Perhimpunan “Scale Dicast Culture” (Dewan C)
  • Pertandingan Hot Wheels Club Malaysia Custom & Zon Permainan (Dewan C)
  • Pameran motosikal vintaj “Best Of British” daripada The Return of The Café Racer & Triumph Motorcycles Malaysia. (Dewan A)
  • Pameran Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute (Dewan A)
  • Forum perkongsian initiatif kerajaan negeri bersama YB Tuan Mohd Khairuddin Othman, Pengerusi Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

Antara perubahan besar ketara yang telah dibuat oleh penganjur acara AOS 2019 adalah konsert Sound Circus yang dipindahkan ke kawasan luar yang lapang untuk memenuhi permintaan peminat muzik yang semakin meningkat angkanya. Barisan artis Sound Circus menampilkan Hujan sebagai persembahan utama dengan kugiran musik lain seperti Bittersweet, Masdo, Gerhana Ska Cinta, Kapow dan banyak lagi pada hari Sabtu & Ahad  pula menyaksikan Asheed Def Gab C, Kid Search dengan persembahan utama, Blues Gang.

Melengkapkan pertunjukan acara pada hari Ahad pula diadakan hadiah cabutan bertuah dimana seorang pemenang bertuah akan pulang dengan SATU (1) unit Mini Cooper yang telah diubahsuai dengan tambahan enjin Suzuki Hayabusa oleh FNG Works. Pemenang bertuah yang diumumkan di pentas utama adalah Tham Wei Ping dari Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Para pemenang kategori motosikal dan kereta “Best of Show” memenangi pakej percutian dan hadir ke acara 28th Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

Senarai pemenang AOS2019:

  1. BEST OF MEGA CAR & MOTORCYCLE CLUB GATHERING

OSBMX

  1. BEST MARKETPLACE

BLACK RAINBOWS by HOUSE OF VANS

  1. BEST DISPLAY MOTORCYCLE

NODIE CYCLES

  1. BEST DISPLAY CAR

BWB

AOS Invitational Car Build Off

  1. Jury Award

THE CLASSIC GARAGE from Johor Bahru, builder Ravinder Singh.

Morris 1964 custom hot rod, Mercedez 5.0ltr V8 engine.

  1. Public Award

CARAZEE ARTWORK from Klang, builder Ajie.

Volkswagen Nova Sterling Kitcar, 1972

 

Best Of Show Automobile

FAROIB AUTOSPORT, Skyline KGC10, Hakosuka 1971 (Malaysia)

Best Of Show Motorcycle

            MOHD NASIR MORNI, Honda EX5, 1995 (Malaysia)

 Pilihan dari Jemputan

  1. Shige Suganuma – MOONEYES PICK

Pemenang : MOHD FAUZAN

  1. Daisuke Sakon – KUSTOMSTYLE PICK

Pemenang: GO TOGO

  1. Kenichiro Kaneko – TRUCK MASTERS PICK

Pemenang : JALIL JAMALUDDIN

  1. The Nash – THE NASH PICK

Pemenang : YOGARAJ

  1. Ken Takano – KEN’S ART CUSTOM GARAGE PICK

Pemenang : MIZZDENI 405 INDUSTRIES

  1. Keiji Kawakita – HOT DOCK CUSTOM CYCLES PICK

Pemenang :  AZRIY AHMAD

  1. Kengo Kimura – HEIWA MOTORCYCLE PICK

Pemenang :  RUSTY FACTORY

  1. Makoto Watanabe – CHOPPER JOURNAL PICK

Pemenang :  MOHD ASYRAFF MOHD ZIN

  1. Matt Everingham – SPEEDHUNTERS.COM PICK

Steve Vandervate – HOTWHEELS PICK

Pemenang :  KEAN YAP

  1. NOEQUAL PICK

Pemenang :  FAROIB AUTOSPORT

  1. Marlon Slack – PIPEBURN PICK

Kenji Hasegawa – ORION ACE PICK

Pemenang  :  FNG WORKS

 

  1. MAKOTO PICK

Pemenang :  SOFYAN

  1. THE BELL PICK

Pemenang :  MOHD FAUZAN AZIM

  1. Kanda Manabu – KALIFORNIA LOOK PICK

Pemenang:  LEBAI GAME

  1. Chris Cooper – FUEL TANK PICK

Daisuke Katsumura – KOUSOKU YUEN MAGAZINE PICK

Pemenang r :  EIDEN SOH

  1. Geoffrey Baldwin – THE RETURN OF CAFÉ RACER PICK

Pemenang :  AB GARAGE

  1. Oliver Jones – THE CUTRATE PICK

Pemenang :  RUDY NORMAN GTB

  1. Christian Coujin – COUJIN PICK

Pemenang :  ISMAIL IBRAHIM FAROIB AUTOSPORT

  1. Shaun Guardado – SUICIDE MACHINE COMPANY PICK

Pemenang :  AHMAD MUNIR

  1. GG – MOONEYES TAIWAN PICK

Bomb – BANGKOK HOT ROD CUSTOM SHOW

Pemenang :  ZUL

  1. Jeffrey Chang – JEFFREY’S FINISHING TOUGH PICK

Lou Nozaki – MC HAL HELMET PICK

Pemenang :  NO DIE CYCLES

  1. Shaik Ridzwan – THE MIGHTY MOTOR PICK

Pemenang :  MOHD NASIR MORNI & AHMAD

  1. Yasuo Sekijima – VIBES MAGAZINE PICK

Lou Nozaki – BEETLE HELMET PICK

Pemenang :  FAIZAL GIMME SHELTER

  1. Makoto Ukai – MODEL CARS MAGAZINE PICK

Gussan – 2% PICK

Pemenang :  ABD RASID

 

Pemenang AOS2019 Show & Shine

Kategori Lowrider

  1. Best of 12”, 16” & 20” Wheel Lowrider

Pemenang :  ZAINUDDIN B ZAKARIA (MALAYSIA)

  1. Best of 24”, 26” & Open

Pemenang :  AIZAD ZAFARI (MALAYSIA)

  1. Best of Classic BMX

Pemenang :  JAA  COLA (MALAYSIA)

OPTIONAL CATEGORY

  1. BEST PAINT

Pemenang  :  AIZAD ZAFARI (MALAYSIA)

  1. BEST FABRICATION

Pemenang :  AIZAD ZAFARI (MALAYSIA)

 

Kategori Kereta

  1. BEST OF GERMANS (CLASSIC)

Pemenang :  SOFYAN (MALAYSIA)

  1. BEST OF ITALIANS (CLASSIC)

Pemenang :  LUCA SUINO (ITALIAN)

  1. BEST OF BRITISH (CLASSIC)

Pemenang :  CALVIN NAI (MALAYSIA)

  1. BEST OF JAPANESE (CLASSIC)

Pemenang :  FAROIB AUTOSPORT (MALAYSIA)

  1. BEST OF RETRO JAPANESE 4 DOOR SEDAN

Pemenang:  STANEX (MALAYSIA)

  1. BEST OF USA/MUSCLE

Pemenang :  YOGGARAJ (MALAYSIA)

  1. BEST OF SWEDISH

Pemenang :  CARAZEE ARTWORK (MALAYSIA)

  1. BEST OF MODERN CLASSIC

Pemenang :  ALEX TAU (MALAYSIA)

  1. BEST OF RADIKAL (CLASSIC & MODERN)

Pemenang :  CK NAGA (MALAYSIA)

  1. BEST OF WAGON

Pemenang :  MEOR AZRI B ISMAIL (MALAYSIA)

  1. BEST OF VAN

Pemenang :  MUHAMMAD NUR ZAKWAN (MALAYSIA)

  1. BEST OF VW TYPE1

Pemenang :  NYIUR GARAGE (MALAYSIA)

  1. BEST OF VW BUS/VAN

Pemenang :  KELFOLKS (MALAYSIA)

  1. BEST OF VW AIR-COOLED RESTOMOD

Pemenang :  MOHD FAUZAN (MALAYSIA)

  1. BEST OF TYPE3, KARMANN, TYPE34 & EARLY PORSCHE

Pemenang :  FAROIB AUTOSPORT (MALAYSIA)

  1. BEST OF RAT LOOK

Pemenang :  ELDEN SOH (MALAYSIA)

 

 

 

 

KATEGORI PILIHAN

  1. BEST PAINT

Pemenang:  YOGGARAJ (MALAYSIA)

  1. BEST INTERIOR

Pemenang :  CALVIN NAI (MALAYSIA)

  1. BEST ENGINE BAY

Pemenang :  CALVIN NAI (MALAYSIA)

Kategori Motorsikal

  1. BEST OF OPEN CLASS

Pemenang :  FAZRUL IZHAM (MALAYSIA)

  1. BEST OF CHOPPER

Pemenang :  ZUL RUIZZ (MALAYSIA)

  1. BEST OF BOBBER

Pemenang :  FAIZAL HAMIDON (MALAYSIA)

  1. BEST OF CAFÉ RACER

Pemenang :  FNG WORKS (MALAYSIA)

  1. BEST OF MODIFIED HARLEY-DAVIDSON incl. SPORTSTER, SOFTAIL & PROSTREET

Pemenang:  BEAUTIFUL MACHINES (MALAYSIA)

  1. BEST OF CLUB STYLE

Pemenang :  – NO WINNER –

  1. BEST OF CUSTOM BAGGER

Pemenang :  CUSTOM WHEELS GARAGE (MALAYSIA)

  1. BEST OF JAP STYLE & TRACKER

Pemenang :  ARUL / ALOY (MALAYSIA)

  1. BEST OF RESTORED CLASSIC SCOOTER

Pemenang :  ABD RASID

  1. BEST OF STREETCUB CUBSTYLE

Pemenang :  MOHD NASIR MORNI (MALAYSIA)

  1. BEST OF RESTORED RETRO SCRAMBLER

Pemenang :  AHMAD FAUZY & ABDUL  KARIM (MALAYSIA)

  1. BEST OF RESTORED CLASSIC CONTINENTAL & AMERICAN

Pemenang :  WAK DOYOK (MALAYSIA)

  1. BEST OF MODIFIED CLASSIC CONTINENTAL & AMERICAN

Pemenang :  FUAD BANJAROS MC (MALAYSIA)

  1. BEST OF CUSTOM STREET BIKE

Pemenang :  RUDY NORMAN GTB

 

KATEGORI PILIHAN

  1. BEST PAINT

Pemenang :  BOB IRON HEAD MG (MALAYSIA)

  1. BEST FABRICATION

Pemenang :  MATTHEW CHONG (MALAYSIA)

  1. BEST ENGINEERING

Pemenang :  FAZRUL IZHAM (MALAYSIA)

Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/

TAMAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *