(SEMASA) MAJLIS PELANTIKAN AZADAN RABBANI NOORKHlRlAH DAN AZHAN RANl SEBAGAI IKON UMRAH DE HEARTY 2019 

Kuala Lumpur, 30 Julai 2019 – Umrah bersama artis/selebriti telah menjadi tradisi masyarakat kita di Malaysia, bertujuan untuk menarik lebih ramai peminat atau orang ramai untuk mengerjakan umrah. 

Secara tak langsung artis atau selebriti itu sendiri akan memotivasikan diri mereka sebagai ikon masyarakat yang mempunyai hala tuju dalam mengharungi arus kehidupan dalam bidang hiburan.

Banyak perubahan positif dalam industri hiburan tanah air apabila ramai artis yang berhijrah selepas mengerjakan umrah.

Lantas menjadi tanggungiawab Maad Travel & Tours Sdn Bhd memberi kepercayaan dan peluang kepada tiga (3) selebriti yang tidak asing lagi dalam industri hiburan kita iaitu Azadan Rabbani, Noorkhiriah Ahmad Shapie dan Azhan Rani yang popular menerusi drama Nur dan Nur 2 di TV3.

Azadan Abdul Aziz dari kumpulan nasyid Rabbani pula sememangnya sudah biasa menggalas langgungjawab sebagai mutawif dan ketua rombongan umrah dengan beberapa travel agensi sebelum ini secara perseorangan dan juga bersama Rabbani.

Menurul Azhan Tawaran daripada Maad Travel & Tours Sdn Bhd bagaikan ‘orang mengantuk disorongkan bantal’ kerana dia memang berhasrat untuk mengerjakan umrah buat kali kedua selepas pergi ke sana buat kali pertama pada 2007.

“Saya memang berhasrat untuk ke Tanah Suci pada hujung tahun ini dan tawaran lni datang tepat pada masanya.

“Selepas mengerjakan umrah buat kali pertama, saya berasa rindu untuk ke sana lagi, Alhamdulillah Allah SWT mempermudahkan niat saya itu.

“Kesempatan mengerjakan umrah ini juga adalah peluang untuk saya berehat seketika daripada jadual kerja yang padat selain dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan fokus kepada urusan ibadah di sana,” katanya.

Noorkhiriah pula berkata, dia bersyukur dengan tawaran itu dan berhasrat untuk membawa suami serta dua (2) anaknya mengerjakan umrah bersama-sama.

“Rezeki yang datang ini memang sukar di tolak kerana mereka yang pernah pergi ke sana, sentlasa berasa rindu untuk ke rumah Allah SWT itu.

“Saya dan suami memang berhasrat untuk membawa anak-anak mengerjakan umrah kerana mereka pun dah besar, jadi mereka sudah boleh faham tujuan ke sana adalah unluk beribadah kepada Allah SWT,” katanya.

Pemilihan artis yang dibuat oleh Maad Travel & Tours Sdn Bhd berdasarkan komitment artis yang sudi untuk memberi kerjasama selain masing masing mempunyai peminat dan kenalan sendiri.

Atas kerjasama ini pihak syarikat telah memilih tajuk pakej umrah ini iaitu UMRAH DE HEARTY bersesuaian dengan hadis penama daripada Himpunan Hadith Arba’in susunan Imam Nawawi).

Daripada Amirul Mu‘minin Abu Hafs, Umar bin Al-Khattab Radhiallahu’anhu, katanya: “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: ‘Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang dia ingin memperolehinya atau kerana seorang peremuan yang dia ingin menikahinya maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.”

(Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dengan berpandukan hadis tersebut pihak penganjur Maad Travel & Tours Sdn Bhd yakin dengan bekerjasama dengan artis dan selebriti tidak salah malah ia menjadi penyebab untuk kebaikan kepada semua pihak.

Pihak penganjur mensasarkan 1,000 jemaah Umrah bermula De Hearty hujung tahun ini bermula Oktober hingga Disember 2019.

Alhamduliiiah setakat ini hampir 400 orang sudah mendaftar dengan Maad Travel & Tours Sdn Bhd.

Pakej kami sangat berpatutan. Jemaah umrah akan dapat menginap di hotel 5 bintang dan berdekatan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Perkhidmatan mesra pelanggan khusus untuk warga tua dan mereka yang keuzuran.

Pihak travel juga meiantik mutawif yang berpengalaman daripada Malaysia, pihak penganjur yakin semua jemaah Umrah De Hearty akan berpuas hati melaksanakan ibadah umrah bersama keluarga dan juga rakan.

De Hearty akan berpuas hati melaksanakan ibadah umrah bersama keluarga dan juga rakan.

Pelbagai keistimewaan yang jemaah Umrah De Hearty akan dapat antaranya:

  1. Jarak hotel yang dekat 100 meter .
  2. Penginapan hotel 5 bintang
  3. Masakan Malaysia.
  4. Bimbingan Umrah 4 kali
  5. Lawatan ke Taif
  6. Dua bagasi
  7. Kain ihram / telekong
  8. Mutawif dari Malaysia
  9. Dua kali solat Jumaat
  10. Tiada cas tambahan
  11. Penerbangan terus
  12. Juadah nasi unta

13.Fullboard Makkah dan Madinah

  1. Mendaki Gua Hira

UNTUK KETERANGAN LANJUT DAN TEMPAHAN

Hubungi wakil kami:

MAAD TRAVEL & TOURS SDN BHD PAKEJ UMRAH DE HEARTY

ALAMAT: 8A, Jalan Flora 1/10, Taman Pulai Flora, 81300 Skudai, Johor Darul Takzim.

No. Tel: 07-2895212 / 016-2771717

Email: umrahdehearty@gmail.com

Facebook: Umrah De Hearty

Instagram: @umrahdehearty

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *