(SEMASA) 10 FINALIS BAKAL BERSAING UNTUK MEREBUT GELARAN RATU RANIA

Spread the love

KYS_3701

Seiring dengan perkembangan industri seni tanahair yang semakin rancak membangun, pihak Astro Prima dengan kerjasama pihak penaja Safi Rania dengan berbesar hati membawakan sebuah program realiti terbaru untuk mencari ikon wanita moden masa kini khas untuk para penonton iaitu Ratu Rania yang bakal bersiaran pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam untuk dua episod yang pertama dan jam 9.30 malam untuk episod yang seterusnya bermula 4 September 2013 secara eksklusif di saluran 105. 

KYS_3769

Ratu Rania ialah sebuah program realiti terbaru untuk mencari wajah  baru Safi Rania yang terbuka kepada semua wanita Malaysia berusia di antara 30 hingga 45 tahun. Selama sepuluh minggu, para peserta harus memperlihatkan pesona ratu ideal melalui siri cabaran yang bakal menguji kekuatan fizikal dan mental serta keazaman mereka untuk menjadi sumber inspirasi bersama sekaligus berentap untuk merebut gelaran juara.

Nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri. Mereka akan dinilai mengikut tiga kriteria utama iaitu keyakinan diri, keluasan pengetahuan am dan berpersonaliti menarik. Peserta yang berjaya dinobatkan sebagai Ratu Rania akan membawa pulang hadiah utama yang bernilai sehingga RM 50,000.

*Sila rujuk lampiran untuk senarai penuh hadiah

Setelah menjelajah ke empat buah lokasi terpilih seluruh Malaysia iaitu Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan dan Shah Alam bagi mencari calon-calon peserta yang berpotensi untuk bergelar Ratu Rania, akhirnya sepuluh orang peserta telah disenarai pendek sekaligus terpilih untuk menyertai musim pertama ini.

Sepuluh orang peserta tersebut ialah AIDA (Normazuraida Zakaria, 34, Kelantan), BEE (Rabihah Harun, 37, Kelantan), EZA (Ezanoni Hadjeli, 32, Sarawak), LILLY (Lily Fazlena Mukhayen, 32, Johor), NASYIHA (Nur Nasyiha Hamid, 32, Kedah), NURUL (Nurul Faida Abdul Razak, 34, Pahang), QURNIA (Aida Khurniah Sulaiman, 31, Selangor), SALLY (Salila Mohd Zaini, 37, Johor), SITI (DR. Siti Zainab Mohd Zaini, 40, Kuala Lumpur) dan WATIE (Rosnawati Bachok, 37, Johor).

Program Ratu Rania juga bakal dikendalikan oleh pengacara dan pelakon popular Dynas Mokhtar selaku hos program yang buat julung kali diterbitkan ini. Tambah istimewa lagi, Ratu Rania juga turut membawa masuk khidmat tiga nama besar yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka yang amat luas dalam bidang masing-masing yang bakal menggalas tanggungjawab selaku juri tetap dalam program pencarian ini iaitu pereka fesyen tersohor; Rizalman Ibrahim, pelakon jelita; Rozita Che Wan yang juga merupakan Duta Safi Rania Gold serta penyanyi jelita; Ziana Zain yang juga merupakan Duta Safi Rania Diamond.

Selain itu, program Ratu Rania turut diserikan lagi dengan kehadiran selebriti-selebriti popular tanah air selaku artis jemputan seperti Salikin Sidek, Atilia, Project Pistol, Faizal Zain serta ramai lagi.

Sila layari laman web www.astrogempak.com.my untuk maklumat lanjut mengenai program ini.


Spread the love

One comment on “(SEMASA) 10 FINALIS BAKAL BERSAING UNTUK MEREBUT GELARAN RATU RANIA

  1. shahrul says:

    i love u very much NUR NASYIHA……

Leave a Reply to shahrul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *